Selasa, 20 Jun 2017

KTM: Kad Komuter Link Percuma Sempena Aidilfitri



KUALA LUMPUR – KTM Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan KTM Komuter akan mengadakan Promosi Raya Kad Komuter Link secara percuma mulai Khamis hingga Sabtu ini.

Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Khair Johari Ishak berkata mereka yang ingin memiliki kad tersebut hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk nilai simpan yang tersedia di dalam kad tersebut dan kad adalah percuma.

“Tanpa promosi ini, kad tersebut dijual pada harga RM10 setiap satu. Ini bagi menggalakkan orang ramai, terutamanya mereka yang akan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter untuk pulang ke kampung tanpa perlu beratur di kaunter tiket dan mesin tiket untuk membeli token.

“Promosi kad Komuter Link secara percuma ini merupakan salah satu daripada inisiatif pengurusan penumpang pihak pengurusan KTMB bagi menghadapi waktu puncak yang dijangka bermula Khamis hingga Sabtu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penumpang yang menggunakan kad Komuter Link juga boleh menikmati diskaun harga tambang sehingga 20 peratus untuk setiap transaksi perjalanan berbanding membeli tiket secara tunai.

Menurutnya, kad tersebut boleh didapati melalui pasukan bergerak #yourbuddy di Stesen KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan sahaja. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQ1HlB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News