Selasa, 6 Jun 2017

Siti Saleha mahu fokus persiapan perkahwinan

PELAKON Siti Saleha mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan sepanjang bulan Ramadan ini kerana ingin memberi fokus kepada persiapan perkahwinannya.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom, 27, berkata, dia harus memastikan persiapan yang dilakukan berjalan lancar kerana majlis tersebut akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa ini kerana ingin berehat dan fokus kepada persiapan perkahwinan.

"Persediaan yang dilakukan sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang harus saya lakukan.

"Banyak masa saya sekarang ini dihabiskan untuk memastikan persiapan yang dilakukan berjalan seperti yang dirancang kerana saya mahu pastikan majlis tersebut kelihatan sempurna.

"Ternyata perasaan itu semakin gementar kerana majlis itu akan dilangsungkan tidak lama lagi iaitu pada 28 Julai ini," katanya kepada Astro Gempak.

Saleha ditemui ketika Jelajah Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Teks oleh: Rozaimi Zubaidi



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r0EnBb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News