Sabtu, 10 Jun 2017

11 pengemis paksa diselamatkan

pengemis
- Gambar Hiasan
IPOH – Sebelas lelaki termasuk tiga remaja warga Thailand diselamatkan​dalam Op Pintas/Pengemis​oleh Bahagian Siasatan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dalam serbuan di Batu 10, Gombak, Selangor, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Datuk Gan Tian Kee berkata, serbuan itu dijalankan susulan lima lelaki Thailand yang diselamatkan kerana dipercayai dijadikan pengemis di Tanjung Rambutan dan Gunung Rapat di sini, pada Selasa lalu.

Menurutnya, kesemua mangsa yang diselamatkan dalam operasi itu berusia antara 16 hingga 44 tahun.
“Susulan penahanan lelaki 36 tahun dipercayai penjaga lima lelaki Thailand di Tanjung Rambutan Selasa lalu, polis mengesan seorang lelaki berusia 40-an yang dikenali Ustaz @ Pok Teh.

“Soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Gombak dan menemui 11 lelaki termasuk tiga remaja yang dipercayai dijadikan pengemis di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas beberapa barangan antaranya beg silang, lapan beg galas, 17 beg fail, wang tunai berjumlah RM1,900, 11 pasport Thailand, enam kad pengenalan Thailand, lapan resit derma dan lapan fail salinan geran kenderaan serta dokumen cukai jalan.

“Selain itu, kita turut merampas peralatan yang digunakan dalam aktiviti mengemis atau mengutip derma iaitu lapan buku catatan, lapan kopiah, sembilan baju Melayu dan kemeja serta sembilan telefon bimbit.

“Kita juga merampas kunci kereta dan sebuah kereta Toyota Corolla​yang menggunakan nombor pendaftaran Thailand,” katanya.
Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Balai Polis Komuniti Prima Sri Gombak, Selangor untuk siasatan.

“Siasatan kes mengikut Seksyen 12 dan 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana eksploitasi kerja paksa,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis menyelamatkan lima lelaki warga Thailand yang dipercayai dijadikan pengemis untuk mengutip derma bagi membiayai pembinaan masjid di Narathiwat, Thailand.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLhyoT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News