Sabtu, 10 Jun 2017

14 Soalan Yang Perlu Guan Eng Jawab Untuk Rakyat Penang





Meksipun Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng cuba memberi penjelasan demi penjelasan apabila diasak, namun alasan yang diberikan hanya memakan dirinya sendiri. Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengeluarkan alasan yang menimbulkan banyak lagi persoalan tentang integriti diri beliau.

Kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah pimpinan Guan Eng menjual banyak tanah-tanah negeri serta kampung-kampung warisan kepada pelabur dalam dan luar negara sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.

Sebagai contohnya, isu kontroversi berhubung penjualan tanah awam di Lebuh Raya Peel oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang terus hangat diperkatakan dan dipertikaikan.

Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP terus dibidas kerana tidak mengadakan sistem tender terbuka berhubung pajakan sebidang tanah kerajaan di sebuah hospital swasta di lebuh raya Peel Avenue.

Tanah itu baru-baru ini dipajak kepada Hospital Island Pulau Pinang, yang pemegang sahamnya adalah rakyat Singapura. Alasan mudah Guan Eng, tender terbuka tidak perlu kerana projek Hospital Island dianggap sebagai pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri bernilai tinggi.

Malah Guan Eng terus mempertahankan bahawa harga jualan RM156 juta bukan di bawah nilai pasaran kerana ia adalah sama dengan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kerajaan Persekutuan atau JPPH.

Walau apa pun, Ketua Umno Bahagian Bagan, Datuk Ir Dr Shaikh Hussein Mydin menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya menjawab 14 persoalan kepada rakyat Pulau Pinang.

Pertama; Mengapa perlu dijual kepada hospital swasta?

Kedua; Mengapa perlu dijual tanah rakyat kepada hospital swasta mengutamakan keuntungan?

Ketiga; Mengapa pulak perlu dijual dengan penilaian kerajaan JPPH kepada syarikat swasta?

Keempat; Mengapakah penilaian pasaran semasa swasta tidak dijadikan asas bagi mendapatkan keuntungan lebih kepada kerajaan negeri kerana pemajuan yang dirancang yakni MEDICAL CITY akan menjana berbilion keuntungan apabila dijual kelak?

Kelima; Mengapa ada bangunan komersial lain di Medical City seperti hotel Mewah dan bangunan komersial lain?

Keenam; Apakah rasional tidak diadakan tender terbuka seperti yang diwar warkan?

Ketujuh; Mengapa pulak baki bayaran RM 126 juta hanya perlu dibayar selepas 2 tahun?..lesen hospital tidak boleh dijadikan alasan kerana pada hakikatnya MEDICAL CITY tidak hanya melibatkan hospital mewah swasta?

Kelapan; Mengapa kerajaan negeri sanggup rugi RM30 juta apabila membenarkan bayaran selepas 2 tahun? Tarikh penilaian 3/9/2015 dan snp ditandatangani pada 19/12/2016..baki bayaran selepas hampir 3 tahun dari tarikh penilaian..(126jutax8% setahunx3 tahun=RM30.24 juta)

Kesembilan; Mengapa DAP selalu mengutamakan Pemaju apabila Bayaran pendahuluan 30juta dari 156 juta telah hilang dengan kerugian fardah keatas 126 juta akibat kerugian apabila tempoh 2 tahun diberikan kepada pemaju swasta?

Kesepuluh; Mengapakah penilaian jpph tiada syarat nyata kegunaan memandangkan tanah ini akan hanya diberi milik pajakan 99 tahun?

Kesebelas; Bukankah penilaian perlu dibuat semula kerana syarat dan harga jualan trlah berubah?

Kedua belas; Berapakah density pembinaan yang diberikan? Adakah seperti apa yang diberikan kepada pemaju2 tertentu di Penang yakni sebanyak 156unit/seekar?

Ketiga belas; Tahukah lge bahawa tanah 6.4 ekar ini boleh dibina sebanyak hampir 1000 unit rumah mampu milik di kawasan timut laut yg memang ada banyak keperluan perumahan mampu milik?

Keempat belas; Bukankah Syarat Nyata,Jenis kegunaan tanah dan sekatan kepentingan yg jelas perlu diletakkan dalam laporan prnilaian kerana kini terdapat pulak hotel dan bangunan komersial lain selain hospital seperti yg dinyatakan oleh Ketua Menteri kesayangan Muhsin Latheef? – Utaranews.com

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s799MM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News