Selasa, 6 Jun 2017

3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri

MIRI: Mahkamah Tinggi Miri membebaskan dan melepaskan tiga tertuduh atas dakwaan subahat dalam kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong pada 21 Jun 2016.

Kesemua yang dibebaskan adalah Lie Chang Loon, 38; Chin Wui Ching, 51; dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 46.

Mereka dituduh bersubahat dengan Mohamad Fitri Fauzi mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Sekysen 302 kanun yang sama.

Keputusan dibuat hakim Ravinthran N. Paramaguru selepas mendapati tiada satu pun daripada keterangan pihak pendakwaan yang mengaitkan penglibatan ketiga-tiga tertuduh.

Chang Loon yang merupakan pemilik pub, Wui Ching pembantu peribadi Chang Loon, dan ahli perniagaan berumur itu dilihat tenang semasa hakim menyampaikan keputusan.

Sementara itu, Fitri, 30, seorang bouncer pusat hiburan diperintah membela diri selepas keterangan pendakwaan mencukupi untuk membuktikan pembabitannya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mahkamah menetapkan 14 hingga 16 Jun untuk prosiding bela diri.

Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah ditembak mati di persimpangan lampu isyarat dekat E-Mart Supermarket di Jalan Pintas Tudan, Miri-Kuala Baram pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHtXbI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News