Selasa, 6 Jun 2017

3 Pelajar Tahfiz Kemalangan Di Kuala Krai Semakin Stabil

KOTA BHARU – Keadaan tiga pelajar Maahad Tahfiz Al Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai yang cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh rakan mereka di Km55. Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong pada Jumaat lepas, kini semakin stabil.

Mudir maahad berkenaan, Mohd Azam Tarmizi berkata tiga pelajar terbabit iaitu Ahmad Syakir Azfar Abd Rahim, 16, dirawat di Hospital Kuala Krai, Muhammad Faiz Hafizuddin Mohamad Izahir, 16, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Muhammad Nur Haikal Fauzi, 14, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

“Tiga lagi mangsa yang berada dalam van berkenaan, Mohamad Aidil Ismail, 14, Muhamad Syuwari Mana Sikana, 14, dan Muhammad Izzat Mohamad Nor, 24, sudah dibenarkan keluar hospital,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata ustaz pengiring yang sebelum ini dirawat di Hospital Machang iaitu Muhammad Hamzi Muhammad Husham, 24, juga sudah dibenarkan keluar hospital.

Katanya guru itu diberikan cuti rehat akibat trauma dengan kejadian berkenaan dan akan dibenarkan bertugas selepas keadaannya benar-benar pulih.

Jumaat lepas, 12 pelajar maahad tahfiz berkenaan yang dalam perjalanan untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu di sini, berdepan saat mengerikan apabila van yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah rumah di Km55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi, tujuh pelajar tahfiz termasuk seorang berasal dari Thailand, terbunuh dengan lima daripadanya maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Krai. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sc5DRN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News