Selasa, 6 Jun 2017

5 Cara Cegah Karang Gigi Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Terlambat!

Plak gigi akan terjadi apabila bakteria dalam mulut bercampur dengan protein dan sisa-sisa makanan. Jika plak gigi ini tidak dicuci secara teratur, maka karang gigi akan terbentuk secara sendiri.

Karang gigi merupakan plak gigi yang mengeras dan merebak sedikit demi sedikit. Iritasi dan keradangan menjadi semakin mudah terkena kepada seseorang jika ia tidak diambil peduli. Karang gigi yang terbentuk, walaupun hanya sedikit, sangat sukar dihilangkannya melainkan dengan bantuan doktor gigi.


Berikut disiarkan Laicikang.com cara mencegah dan merawat karang gigi yang boleh dilakukan agar karang gigi tidak berleluasa dalam mulut dan mencegah kesan buruknya seperti dikutip dari alodokter.com, antaranya ialah:

1. Memberus gigi


(Foto: bridgingthegap.org)

Memberus gigi dua kali sehari selama sekurang-kurangnya dua minit dipercayai boleh mencegah pertumbuhan karang gigi. Pilih berus gigi yang lembut dan boleh menjangkau bahagian belakang gigi geraham.

2. Gunakan ubat gigi yang mengandungi flouride


(Foto: nytimes.com)
Ubat gigi yang mengandungi flouride dipercayai boleh menghalang plak berkembang menjadi karang gigi. Ubat gigi jenis ini juga lebih membantu dalam memperbaiki enamel yang rosak. Lebih baik juga jika ubat gigi yang digunakan mengandungi triclosan yang mampu melawan bakteria yang berada pada plak gigi.

3. Flossing

(Foto: bt.com)

Membersihkan gigi dengan benang atau flossing adalah penyelesaian paling berkesan bagi menyucikan plak gigi yang berada di celah-celah gigi sehingga boleh mengurangkan kemungkinan terbentuknya karang gigi. Amalkan cara ini sebagai rutin walaupun sudah memberus gigi.

4. Jaga makanan



(Foto: rd.com)

Bakteria yang berada dalam mulut biasanya dikaitkan dengan jenis makanan yang dimakan. Ia menjadi mudah berkembang jika anda makan makanan bergula atau berkanji. Bakteria akan menghasilkan asid untuk menyerang enamel (lapisan luar gigi). Cara terbaik mengurangkan kemungkinan terbentuknya karang gigi adalah dengan menghadkan jenis-jenis makanan tersebut.

5. Jangan merokok


(Foto: redorbit.com)
Tabiat merokok juga boleh menyebabkan risiko pembentukan karang gigi lebih tinggi dari biasanya.
Oleh sebab menyucikan karang gigi sukar dan melainkan dengan bantuan oleh doktor gigi, maka mendapatkan rawatan gigi secara berjadual adalah cara terbaik. Bertemu dengan doktor gigi enam bulan sekali sangat disyorkan bagi menjaga kebersihan gigi dan mulut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s0knU2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News