Sabtu, 10 Jun 2017

5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas



KUALA LUMPUR – Polis menahan lima orang termasuk dua wanita dan merampas 206 ketulan mampat dipercayai ganja bernilai hampir RM1 juta dalam tiga serbuan di Kajang dan Klang, Selangor pada Rabu lepas.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi itu dikendalikan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) bermula 6.40 pagi hingga 10 malam.

Ia melibatkan serbuan di tiga kawasan perumahan di Taman TTDI Grove, Kajang serta Taman Sentosa dan Kampung Sungai Udang di Klang.

Semua yang ditahan ialah warga tempatan berumur antara 30 dan 47 tahun, direman enam hari hingga 13 Jun bagi membantu siasatan.

“Selain itu, kita turut merampas wang tunai bernilai RM9,000 dan tiga kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata ganja itu dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan ke seluruh negara ini.

“Polis percaya mereka ini merupakan saki-baki anggota sindiket yang pernah ditumpaskan pada Mac tahun lepas di Sungai Petani, Kedah melibatkan rampasan dadah jenis ganja dengan berat lebih satu tan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dadah pelbagai jenis bernilai RM111.98 juta dirampas dalam enam bulan pertama tahun ini dengan penahanan 78,767 orang termasuk 3,497 warga asing berkaitan kes dadah. – BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLlPsc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News