Selasa, 6 Jun 2017

5 Kemalangan Paling Mahal Yang Sebabkan Kerugian Besar

Bencana nuklr Chernobyl (foto: ohfact.com)

Apabila menyebut istilah 'kemalangan' pastilah satu kejadian yang boleh berlaku pada bila-bila dan di mana saja tanpa dijangka. Jarang sekali kemalangan berlaku yang menyebabkan banyak nyawa terkorban dan menyebabkan kerugian harta yang terlalu besar.

Di dunia ini, 

dicatatkan berlaku beberapa kali kemalangan yang menyebabkan kerugian sangat besar sehingga mencecah ribuan trillion ringgit. Berikut disiarkan Laicikang.com dari Most Luxuriouslist, lima kemalangan paling mahal yang mengakibatkan kerugian amat besar.

1. Kemalangan Nuklear Di Chernobyl




(Foto: stateofthenation2012.com)

Pada tahun 1986 lalu, Loji Kuasa Nuklear di Bandar Chernobyl, di Utara Ukraine, meletup dan dan terbakar menyebabkan bencana yang lebih besar melibatkan 500,000 orang. Ia disifatkan kemalangan logi nuklear paling dashyat dalam sejarah. Kerugian akibat bencana nuklear ini dianggarkan mencecah $200 bilion.

Hingga sekarang Bandar Chernobyl masih jadi bandar hantu yang ditinggalkan oleh penduduknya. Tidak ada yang ingin tinggal di sana kerana bimbang keracunan radiasi.

2. Kemalangan Pesawat Angkasa Space Shuttle Columbia


(Foto: squarespace.com)

Pesawat ruang angkasa pertama kepunyaan NASA, Space Shuttle Columbia, mengalami kemalangan ketika kembali masuk ke orbit Bumi melalui Texas pada 1 Februari 2003. Kerana pesawat ini dilengkapi dengan teknologi yang canggih, NASA menganggarkan kemalangan ini menelan kerugian sebanyak $13 bilion.

3. Kemalangan Kapal Pembawa Minyak Prestige

(Foto: gcaptain.com)

Kapal tangki Prestige mengangkut minyak seberat kira-kira 77,000 tan pada 13 November 2002. Namun malang, kapal ini dihentam badai ketika dalam perjalanan dan menumpahkan hampir kesemua minyak ke laut. Kerugian akibat insiden ini, termasuk minyak dan kos pembersihan kawasan yang terkena kesan dianggarkan mencecah $ 12 bilion.

4. Ledakan Pesawat Angkasa Challenger





(Foto: popularmechanics.com)
Pesawat ruang angkasa Challenger Space Shuttle meletup pada 28 Januari 1986 yang mengakibatkan tujuh orang anak kapalnya terkorban. Letupan yang tercetus adalah akibat dari tangki luaran yang memuatkan hidrogen cair meletup. Kerugian akibat letupan ini dijangka mencecah $ 2 bilion.

5. Kebakaran pelantar minyak Piper Alpha

(Foto: wikipedia.org)
Pada 6 Julai 1988, pelantar minyak Piper Alpha mengalami kebakaran yang disebabkan oleh kesilapan teknikal. Akibat kebakaran ini, pelantar minyak Piper Alpha runtuh dan mengorbankan 167 pekerja. Kerugian akibat insiden ini dianggarkan mencecah $ 3.4 bilion.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sz9RjN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News