Sabtu, 10 Jun 2017

(8 Gambar) Kisah Sebenar ARWAH Adik Azrey RENTUNG Dalam Pondok Pengawal Tempat Ayahnya Kerja ..

LANGKAWI : ” Azrey atau lebih manja dengan panggilan Kuri dikalangan keluarga seorang anak yang manja dengan bapa nya, selalu dia menemani bapa nya berkerja sebagai pengawal keselamatan, Kuri takut ayah sunyi jadi kuri teman lah ayah bila waktu malam ayah berkerja” kata bapanya.

Kini kuri tiada lagi dia pergi dengan tragis rentung dan terbakar apabila pondok pengawal tempat ayah nya berkerja dibaling bom petrol yang menyebabkan pondok pengawal yang kuri dan bapa nya duduki terbakar.

Dua lelaki (kemudiannya) telah keluar dari kenderaan (berkenaan) dan telah membaling sesuatu ke arah pondok itu (sehingga) menyebabkan pondok terbakar,” katanya.

Akhbar nelaporkan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yangrentung dalam pondok pengawal yang terbakar di tapak pelupusan sampah di Jalan Bukit Tembok, dekat Kilim, ada meminta datuknya membelikan sepasang baju Melayu merah untuk Aidilfitri nanti.

Dalam kejadian jam 3.05 pagi itu, mangsa, Mohammad Syukrey Azrey, 8, dari Perumahan Keda Wang Tok Rendong di sini, ditemui rentung, manakala bapanya, Azrey Ali, 34, melecur pada muka dan lengan kiri.
Datuknya, Ramli Puteh, 59, berkata dia tidak menyangka hasrat cucunya itu adalah permintaan terakhir sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

“Kali terakhir saya jumpa Kuri (Mohammad Syukrey) adalah malam tadi ketika memantau dia bermain bunga api bersama rakan-rakan sebayanya di halaman rumah, sebelum dia meminta izin untuk mengikut bapanya ke tempat kerja.

“Malam tadi dia sekali lagi meminta saya belikan baju Melayu merah untuk dipakai pada pagi hari raya nanti, selain beria-ria menyuruh ibunya membasuh barang-barang lama miliknya supaya disimpan di tempat selamat,” katanya ketika ditemui.

Ramli ketika ditanya mengakui mangsa sering menemani bapanya itu ketika bertugas di pondok pengawal berkenaan, namun sebelum ini tiada sebarang masalah berlaku.

“Arwah sudah beberapa kali tidur di pondok pengawal itu kerana mahu menemani bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ.

“Apa pun saya reda dengan apa yang berlaku dan saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian yang menimpa menantu dan cucu saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Mahani Mohamed, ketika dihubungi memaklumkan siasatan masih dijalankan dengan bantuan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Pejabat Bomba dan Penyelamat Langkawi. Innallilah !!

Kredit: TheViral News



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5yOmm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News