Airbus, syarikat aeroangkasa global memperkenalkan pesawat A380plus iaitu model yang dipertingkatkan dari A380 menerusi satu kajian pembangunan yang dijalankan bagi penerbangan yang lebih cekap dan ekonomikal.
Ketua Pegawai Operasi Pelanggan Airbus John Leahy berkata, kajian berkenaan termasuk peningkatan aerodinamik, sayap besar dan pembaikan sayap yang membenarkan sehingga empat peratus penjimatan bahan api.
Beliau berkata, pesawat baru itu turut dioptimumkan dengan program penyelenggaraan dan ciri kabin yang dipertingkatkan ditampilkan buat pertama kali pada Ekspo Ruang Dalaman Pesawat (AIX) pada April lalu di mana ia memberikan 13 peratus penjimatan bagi setiap kerusi.
“A380plus ialah pesawat yang lebih cekap dalam menawarkan prestasi operasi yang diperhebatkan serta pada masa sama, dilihat sebagai pesawat yang lebih ekonomikal. Ia adalah satu langkah baru untuk pesawat ikonik kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada lalu lintas di seluruh dunia,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxMLt8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News