Selasa, 6 Jun 2017

“Ada Yang Panggil Saya ‘Ahli Kubur’ Kerana Watak Tersebut.” – Syafiq Kyle

“Ada Yang Panggil Saya ‘Ahli Kubur’ Kerana Watak Tersebut.” – Syafiq Kyle

Syafiq Kyle kembali mencipta nama. (Gambar: Mohamad Bakar)

Drama Tanah Kubur disiarkan di Astro sebelum ini benar-benar bagai sukar dihakis dengan pelakon kacak meningkat naik, Syafiq Kyle. Selepas 16 musim bersiaran dan sudah tamat siarannya, drama arahan Rashid Sibir itu meninggalkan memori tersendiri buat dirinya.

Malah kerana drama itu juga, watak Johan yang dipegangnya masih dibayangi hingga sekarang. Namun bagi empunya diri bernama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak itu dia tidak terbeban dan gusar dengan suasana berkenaan.

“Penangan drama itu memang lain macam. Tal timbul soal saya tidak selesa terus-terusan dibayangi drama itu. Tapi jika drama itu yang buat orang masih nampak kehadiran saya di pentas lakonan, saya anggapnya sebagai bonus. Ia juga fakta yang tak boleh diubah.

Ada yang panggil 'ahli kubur'.

“Pada satu tahap peminat lebih tahu nama Johan Tanah Kubur berbanding nama saya. Tak kurang juga yang menggelarkan saya sebagai “Ahli Kubur” kerana watak yang saya lakonkan,” katanya.

Lima tahun di persada seni, Syafiq juga tak lepas diserang kontroversi.  Kisah percintaannya dengan pelakon jelita, Uqasha Senrose menjadi buruan media hingga menenggelamkan bakat dimiliki. Malah sikapnya yang acuh tak acuh juga memakan diri.

Syafiq bina nama kembali.

Namun itu kisah dulu. Kini dia rancak membina nama semula.  Berkat kesungguhannya, trofi Pelakon Paling Membantu diraih Syafiq pada Malam Throwbaek Drama, baru-baru ini melalui penampilannya dalam drama Tanah Kubur.

Pada Anugerah Bintang Popular BH 3.0, dia turut dicalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular namun tewas di tangan Fattah Amin.

Mahu berikan yang terbaik dalam lakonan.

“Saya gembira kerana pembabitan dalam dunia lakonan mula diperhatikan peminat hingga kisah kontroversi bagaikan dilupakan.

“Saya percaya kita harus menempuhi kepayahan sebelum temui kemanisan. Begitulah perjalanan kerjaya saya. Siapa yang tak seronok apabila dihargai? Saya buat kerja dengan jujur dan mahu berikan yang terbaik dalam lakonan. Sekalipun tidak banyak produk, sesekali keluar mungkin ramai yang ternanti-nanti.

Jadual padat di bulan ramadan.

“Itu yang saya pentingkan daripada banyak berlakon tetapi tidak diingati penonton,” katanya yang baru-baru ini turut membintangi drama Suamiku Paling Sweet bersama Mawar Rashid.

Sepanjang Ramadan ini, Syafiq sedang melunaskan penggambaran drama Mencintaimu Mr Photographer.

“Saya mungkin akan cuti seketika daripada penggambaran itu dalam seminggu untuk berhari raya. Penggambaran drama ini akan berlanjutan selepas raya,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWRZSY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News