Selasa, 6 Jun 2017

Agresif Akibat Flakka Dibimbangi Menular Ke Malaysia

Agresif Akibat Flakka Dibimbangi Menular Ke Malaysia

Flakka mampu memberi kesan sangat mudarat pada tubuh badan. (Gambar: DEA)

Baru-baru ini tular di media sosial klip video beberapa individu berkelakuan agresif dan ganas di tempat awam di luar negara dipercayai kesan daripada pengambilan dadah yang dikenali sebagai Flakka. Video kejadian itu sebenarnya mula tersebar sejak tahun 2015 tetapi sehingga kini tidak dapat disahkan sama ada klip video yang ditularkan itu kesan penggunaan dadah Flakka atau sebaliknya.

Berdasarkan rekod, dadah Flakka ditemui seawal 1960-an oleh pengkaji yang meneroka potensinya sebagai 'Central Nervous Stimulant' dan agen anti 'hypotensive/vasopressor' untuk kegunaan perubatan.  Bagaimanapun, penggunaannya diharamkan setelah didapati potensinya yang lebih berbahaya daripada kokain dan methamphetamine apabila disalahguna.

Menurut Agensi Antidadah Kebangaaan (AADK), Flakka sejenis dadah sintetik daripada kategori psych-stimulant yang mampu membuatkan penggunanya bertindak agresif secara luar biasa dan ganas serta hilang kawalan diri. Flakka yang berbentuk seperti potongan kristal putih bersaiz batu kecil dan dibuat menyerupai 'bath salts' didakwa kini merebak di New Jersey, Chicago dan New York di Amerika Syarikat.

"Kesan sampingan pengambilannya terhadap tubuh badan manusia sangat memudaratkan. Penggunaannya akan meningkatkan suhu badan serta degupan jantung secara ekstrem. Ia juga berpotensi menyebabkan kerosakan buah pinggang.

"Sebatian kimia yang terdapat dalam Flakka akan merangsang bahagian otak pengguna untuk berhalusinasi dan kesannya menyamai penggunaan methamphetamine dan kokain," katanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang kes sama ada penagihan atau pengedaran dadah jenis Flakka dikesan di Malaysia setakat ini. Namun, pihak AADK tetap mengambil langkah berwaspada dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi mengesan sama ada dadah sintetik jenis baharu itu turut memasuki negara ini.

AADK meminta orang ramai supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada mereka melalui talian 03-8911 2424 atau emel pro@adk.gov.my,



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbmc07

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News