Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Ramadhan Kareem saya ucapkan kepada admin dan pembaca IIUM confessions. Terima kasih saya ucapkan kepada admin jika confession saya disiarkan, moga kita dapat memperlajari sesuatu dari confession ini.
Bila kita cerita tentang Quran, kita tahu yang ayat ayat Allah itu ibarat nadi dalam hidup seseorang Muslim bukan? Ya. maka tanpa Quran, Iman mula sesak, dada mula berombak meronta ronta inginkan ketenangan . Tambahan pulak sekarang bulan Ramadhan, yang dibuka pintu rahmat dan dilipat gandakan pahala, betapa untungnya seseorang yang diberi ilmu membaca Quran , mencurah curah barakah dan pahala.
Yang boleh baca Quran sangat bertuah, Bila2 masa sahaja boleh dengar apa Allah nak cerita dari kitab Suci tersebut. MasyaAllah untungnya. Bukan setiap ayat bersamaan satu pahala, tapi setiap huruf ada pahala tersendiri. Bismillahirrahmanirrahim sahaja sudah berapa huruf, tambahan pula di bulan Ramadhan ini. Tabarakallah.
Anda boleh membaca Al Quran? say Alhamdulillah sepenuh jiwa dan selitkan doa agar boleh beramal dengannya dan membantu rakan rakan untuk beramal dengannya, bi iznillah.
Panjang pulak intro. Haha takpalah.
So insyaAllah kali ni, saya nak cerita satu pengalaman saya dimana saya pernah berada di satu tahap, dimana saya melihat ayat ayat suci Al Quran sepertimana saya melihat bahasa Sanskrit.
Masa tu saya sekolah rendah, saya ni bukan kata gagap, memang satu pun saya tak mampu nak baca. seolah2 buta. Memang tak mampu nak baca walau sepatah atau satu perkataan. Masa sekolah rendah ada juga saya belajar tajwid dan ada sahaja belajar jawi, tapi masyaAllah. saya tak mampu nak faham macam mana huruf2 tersebut dikaitkan dengan tanda2 tajwid dan terhasil bunyi yang indah. Wallahi, saya memang tak tahu baca Al Quran dan bila buka sahaja Mushaf, saya hanya mampu terdiam. kalau nak baca alif ba ta tu boleh . tapi merely alif ba ta. Bila ada je tulisan jawi dalam kertas peperiksaan pendidikan Islam atau Fardhu Ain yang bersambung sambung, saya memang tembak semua jawapan. Kalau tak meniru, saya tembaklah semua. sebab saya tak tahu nak baca jawi dan saya memang selalu almost failed, sebab saya tak mampu membaca. Failed pun ada, selalunya jawi lah huu.
Sedih kan? orang lain semua A jawi tapi saya berhuhu. Tapi Masa tu still chill lagi sebab masa sekolah rendah , even 3 bulan nak UPSR, cikgu dah tak ajar PAI (pendidikan islam) or jawi dah sebab dah fokus pada subjek lain, since PAI and Jawi tak masuk exam (masa zaman saya), so tak risau sangatlah sebab cikgu takkan soal dalam kelas.
Allah nak tunjuk pada saya masa saya mula bersekolah menengah. Alhamdulillah berbekalkan result UPSR yang bagus, saya ditempatkan di kelas pertama and sekolah yang cukup hebat. So happy la start sekolah menengah, dapat kelas pertama semua. Bila dah start belajar, saya baru dapat tahu yang kelas saya WAJIB mengambil subjek Bahasa Arab dan Komunikasi. Ya Rahman, saya memang dah terkejut. Macam mana nak belajar ni dahla sepatah pun saya tak tahu. Ustazah nye pulak Ya Rabbi bekeng huhu. Berpeluh peluh wak dalam kelas. Dahla cikgu2 ada high expectation kat kami dalam kelas tu.
So bermulalah kelas Arab saya, aduhai.. jujur saya suka dengan hafalan hafalan atau dialog2 yang ustazah saya ajar, Indah sekali bahasa Syurga ini, malah saya mampu menjawab pertanyaan ustazah bila part perbualan. Tapi masalahnya, saya TAK BOLEH BACA. huhu bila tak boleh baca ertinya TAK BOLEH MENULIS juga. Allahu, masa tu rasa sedih, rasa gelisah, takut semua ada. setiap kali ustazah nak suruh baca passage, saya akan selalu suruh Ayesha, tablemate saya bacakan, and saya akan eja dalam bahasa melayu, so bila turn saya baca, saya akan konfidennya baca tanpa errors sebab dah ada tertulis yang bahasa melayu kat buku. Itulah trick saya. Sampailah satu saat ustazah dah tahu trick tu, Ustazah akan check buku masing2. Allahu masa tu memang rasa kecik sangat. Kawan kawan semuaa lancar baca, saya je yang tergagap2. Alhamdulillah Ayesha selalu tolong dan Ustazah pula selalu backup masa baca walau garang sekalipun. tapi still, rasa pilu je lepas kelas PAI atau Arab. Kalau part siapkan exercise pula saya akan tiru kawan saya.
Kalau saya tahu jawapan, saya akan suruh Ayesha eja untuk saya. kalau saya tak sempat tanya, saya hantar je guna ejaan saya sendiri dan memang salah la kan, walaupun ustazah faham apa yang saya nak tulis, still cara tulis tu salah. Bila PAI pula, sedih kerana tak mampu baca Ayat Quran bahagian Tilawah. Tajwid lagi lah kan. Allahuma ya Allah. Nak baca Sirah dalam buku tu tergagap gagap sampai selawat taknak bagi terpilih kena baca depan kelas. Saya suka dengar bacaan Quran, saya suka wallahi. tapi saya tak mampu baca sendiri, sedih.
Hmm, lama lepas tu, saya dah rasa rendah diri, wallahi. Saya sedih sangat masa tu dan rasa tak semangat nak belajar lagi dah. Sampailah suatu hari, saya hadir kelas tambahan Arab sesi petang dekat library.
Saya tengok kawan saya buka buku Arab dan melihat isi kandungannya. Saya pandang ayat2 tersebut dan saya pandang pula kawan saya. Saya terkedu. Hati saya berbisik Untungnya orang2 yang mampu membaca tulisan Arab ni, mesti mereka mampu menbaca Al Quran jugak kan saya mengela nafas berat lalu bermonolog lagi ya Allah kalaulah aku mampu membaca Al Quran, akan aku baca isi kandungan Quran itu, untungnya kawan2 dapat baca Quran, lancarnya mereka. aku sahaja yang mcm ni sebak.
Lalu dalam diam, saya berdoa pada Allah dengan serendah rendah hati, ya Allah, aku nak baca Quran, bantulah aku dan aku aminkan dengan sepenuh hati. aku bermonolog lagi inikan ayat2 Allah, Allah yang punya, jadi Allah mampu beri kebolehan itu jika Dia ingin dan mula pada saat itu, saya berpegang pada doa dan keinginan saya dengan sentiasa memohon pada Allah agar diberi ilmu membaca Al Quran.
Saya mula redha dengan keadaan saya dan tajdid niat untuk belajar Arab dengan semampu saya lillahitaala. Saya practice menulis, practice membaca dengan observe cara ustazah baca, saya hafal dan saya akan cuba ingat semampu saya. Quran pula, setiap kali saya pulang dari sekolah saya akan pergi mengaji dengan ustazah dekat rumah saya. Dari zero saya mula baca Quran besar, awalnya saya hanya ikut apa yang ustazah baca, tapi lama kelamaan, saya mula boleh relate sebutan dari gabungan huruf beserta tajwid yang ada. slowly, saya mampu sebut perkataan perkataan dengan betul, walaupun 5 minit 3 perkataan haha.
Untuk baca satu ayat tanpa bantuan ustazah adalah satu kejayaan yang cukup besar buat saya, walaupun saya tak berapa lancar. Saya banyak observe cara sebutan ustazah saya kerana langsung tak berpeluang nak habiskan IQRA, sebab ustazah terus ke Quran masa tu. Tajwid saya banyak belajar di sekolah. Progress saya dalam pembacaan Quran sama dengan progress Bahasa Arab . Alhamdulillah, saya dah mampu membaca passage sendiri walaupun agak perlahan, dan Ayesha tak pernah jemu guide saya. May Allah bless you Ayesha. Jawi juga makin baik. walau tak mampu mengeja dengan baik awalnya, at least saya mampu membaca dalam tulisan jawi. Jadi dah tak berpeluh sejuk nak baca Sirah dalam kelas kan. dan takdaklah berlaku aksi tembak menembak jawapan kat kertas OMR atau kertas soalan biasa hehe.
Alhamdulillah. Saya gembira dan sangat bersyukur dengan improvement yang berlaku. Dan ini takkan terjadi tanpa Allah yang maha Mengasihani dan maha Kaya. MasyaAllah, Dialah yang maha mendengar dan maha penolong, tak sampai 2 tahun dari peristiwa di library haritu, saya sudah mampu membaca Al Quran dengan sendiri tanpa bantuan Ustazah. Saya sendiri tak pernah sangka rangkaian ayat yang ada di hadapan saya ni mampu dibaca, walau dulu saya melihatnya sebagai suatu yang sangatlah tidak difahami. bahkan terasa impossible untuk membacanya.
Saya berasa amat tenang dan bersyukur, sesungguhnya ayat ayat suci Allah itu tersangatlah indah, menenangkan hati dan merawat jiwa. Hidup saya rasa terisi dengan alunan ayat2 Allah. Bila rasa sedih, mula teringat dekat ayat2 Allah yang memberi ketenangan.
Lama kelamaan Allah beri saya minat untuk mendalami ilmu Al Quran dan saya berpeluang mengikuti Tilawah Al Quran dan Hafazan di sekolah, yang tak pernah sedetik pun terlintas di benak hati yang saya akan turut serta. MasyaAllah, sungguh rahmatNya itu luas, Allah menjadikan hal impossible menjadi possible dengan kekuasaanNya, saya sendiri tidak percaya dengan perjalanan hidup saya, betapa hebatnya Allah tuhan kita. Dia memberi dengan Cinta.
Alhamdulillah sehingga hari ini, saya mampu membaca Al Quran dengan baik tapi masih banyak yang perlu saya belajar. Sekarang saya sudah menuntut di Universiti. Sampai ke hari ni, saya merasakan hidup saya sangat ajaib dengan ayat2 Quran ini. Rasa selamat dan terjaaga. Rasa kuat nak menghaapi realiti bila berjauhan dgn kluarga. peristiwa ini telah mengajar saya banyak benda dalam hidup ini :
1. Ilmu, dan segalanya di langit dan dibumi itu milik Allah, dan Dia mampu berikannya pada sesiapa sahaja dengan cara apa sahaja yang Dia khendaki, hanya dengan RedhaNya. yang penting iklas dalam nawaitu, biar lillahitaala
2. Doa itu tiada perantaraan, dan setiap amin dari doa seorang hamba itu sampai terus kepada Allah yang maha mendengar. Ya, Dia mendengar. Berdoalah, jangan berputus asa. Yakin
3. Bila kita serahkan segala usaha kita pada yang maha menguruskan masa lalu, masa kini dan masa hadapan kita setelah berusaha sehabis baik, maka Allah akan menjaga kita dengan sebaik baik jagaan. Yakin.
4. kejayaan dunia akhrat kita ada di tangan ALLAH, bila kita amalkan hal yang Allah redha, Allah akan berikan kejayaan buat kita di dunia in sha Allah sampai syurga
takda istilah terlambt untuk kembali pd Allah slagi nyawa masih belum di kerongkong. MasyaAllah, sahabat, rahmat Allah itu luas. Dia mampu berikan apa sahaja ut kita dan menarik apa sahaja dari kita. In sha Allah pda bulan yang mulia ini sama2 kita berdoa agar Allah kurniakan keupayaan membaca Kitab Allah, AL QURAN kepada semua umat islam termasuk diri sendiri dan mengamalknnya.
Moga menjadi pembela kita di alam sana nanti, moga Allah terima amal kita, moga usaha kita diterima dalam perkiraan amal di sana nanti.
Mintalah pada Allah dengan serendah rendah hati. Allah itu maha mendengar dan maha mengasihani hamba hambanya.
yang baik itu dari Allah yang maha berkuasa dan yang lemah itu dari saya sendiri. Doakan saya ya sahabat2, saya masih dalam usaha mempelajari tajwid agar bacaan saya lebih baik, semoga kita dirahmati Allah. maafkan salah silap saya andai terkasar bahasa.
ramadhan Kareem, Assalamualaikum wbt 🙂
Dhuha Nur Bushra
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUHOhu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News