Isnin, 5 Jun 2017

AMGGRC: 33 NGO Bantah Penganjur Fitnah Dapat Izin


MELAKA – Sebanyak 33 badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka berhimpun aman membantah tindakan sebuah organisasi Kristian mengadakan sambutan besar-besaran Jubli Jerusalem di sini.

Kesemua NGO terbabit masing-masing membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh di sini mulai pukul 1 petang bagi memprotes himpunan pada 15 hingga 18 Jun itu yang tidak mendapat kebenaran atau kelulusan kerajaan negeri.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd. Nizam Omar yang mengetuai bantahan secara aman itu memberitahu, rakyat Melaka beragama Islam membantah himpunan sempena ulang tahun 50 tahun penaklukan Jerusalem.

Ini kerana Malaysia tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan rasmi atau jalinan diplomatik antara kerajaan dengan rejim Israel apatah lagi meraikan sambutan kaum Yahudi mengusir biadab penduduk Palestin.

Baca: Kerajaan Melaka Tolak Keras Acara Jerusalem’s Jubilee

“Kami mewakili seluruh rakyat Melaka yang beragama Islam mendesak pihak Polis Diraja Malaysia supaya segera menghalang perhimpunan tanpa permit daripada kerajaan negeri ini daripada diteruskan.

“Kami juga mahu fitnah yang sedang berlegar sekarang kononnya pihak kerajaan negeri telah membenarkan perhimpunan itu dihentikan kerana ia tidak langsung melibatkan apa-apa permohonan,” katanya kepada pemberita.

Maklumat mengenai Himpunan Jubli Jerusalem itu mulai ditularkan netizen menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu dan dirancang diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) Melaka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qSxk2p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News