SEORANG petani nekad untuk memelihara seekor anak kambing yang dilahirkan tanpa mata dan mempunyai mulut menyerupai manusia meskipun jiran-jirannya menyifatkan kambing itu sebagai `jahat’.
Jiran V. Chandra sebelum ini mendesaknya membiarkan sahaja anak kambing itu untuk mati, namun dia dan isterinya enggan berbuat demikian.
Mereka sebaliknya menjaga anak kambing itu di ladang mereka di Balussery, Kozhikode di Kerala.
“Kami terkejut apabila melihat anak kambing itu dilahirkan tanpa mata. Keluarga saya telah terlibat dalam memelihara kambing dari satu generasi ke satu generasi namun tidak pernah melihat perkara sumpama ini,’’ katanya.
Menurut Chandra, doktor haiwan memberitahu anak kambing itu mengalami penyakit yang mengakibatkan kehilangan tisu tertentu semasa pembentukan dalam perut.
Manakala pakar pula berpendapat keadaan itu mungkin berpunca akibat pendedahan kepada X-ray, bahan kimia dan virus. – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHzwqs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News