Isnin, 5 Jun 2017

Anak Syarikat AsiaBio Meterai MoU Di China

KUALA LUMPUR – Asiabio Capital Sdn Bhd (ABC), anak syarikat Asia Bioenergy Technologies Bhd (AsiaBio), memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat yang berpangkalan di China bagi meneroka peluang untuk menghasil, mengeluar dan mengeksport produk yang diperakui halal di peringkat global.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Asiabio berkata MoU yang ditandatangani pada 3 Jun 2017 itu adalah antara syarikat ABC dan Hong Kong YRZC International Group Co, Ltd, Shan Xi Hong Hui Food Ltd Liability Company dan Shan Dong Wang Jia Yuan Zi Halal Food Brewing Co, Ltd.

Menerusi MoU tersebut, ABC akan dilantik sebagai ejen pembangunan perniagaan eksklusif di China.

AsiaBio berkata MoU tersebut dijangka tidak akan menjejaskan perolehan, aset bersih, modal syer dan struktur pemegangan saham. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIqsRH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News