Selasa, 20 Jun 2017

Antara Agenda Liberal, Jangan Ambil Berat Soal Agama!

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan umat Islam Malaysia bahawa mereka sedang dipengaruhi oleh organisasi politik yang membawa agenda liberal dan Kristianisasi di negara ini.

Beliau yang meraih undian tertinggi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat baru-baru ini berkata, organisasi politik terbabit saling bekerjasama bagi melalaikan umat Islam daripada bahaya yang sedang dialami mereka.

“Kristianisasi tetus bergerak dan berkembang, manakala liberalisme yang sedang meracuni elit Melayu pula menjadi pelindung yang membentengi dakyat Kristianisasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, evangelis Kristian menyusup ke Malaysia dengan mengenderai organisasi politik tanpa takut mempromosikan agama Kristian melalui dakwah politik mereka.

Katanya, golongan liberal Melayu pula akan mengeluarkan kenyataan meminta umat Islam supaya memandang ringan terhadap agenda Kristianisasi dengan mengemukakan hujah-hujah liberal mereka.

Justeru, beliau menyeru umat Islam supaya sedar dan bersama-sama menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan berdasarkan undang-undang negara bagi melindungi membantu masyarakat yang lemah daripada terus menjadi mangsa agenda musuh Islam.

“Sudah ada kumpulan paderi Melayu yang begitu gigih menjalankan dakyah Kristian dengan bantuan badan Kristian antarabangsa dan mereka begitu bangga berjaya memurtadkan orang-orang Melayu Islam.

“Kumpulan LGBT kini telah lebih berani bersuara. Mereka dengan berani mempromosi zina dan seks sejenis yang hina. Mereka disokong kumpulan-kumpulan liberal Melayu. Umat Islam mestilah sedar. Mereka perlu bangkit daripada tidur,” katanya.

Nik Mohamad Abduh dalam pada itu membidas golongan liberal Melayu yang kononnya memperjuangkan reformasi dan tajdid dalam negara tetapi pada masa sama menghasut umat Islam supaya tidak mengambil serius ancaman keatas Islam.

“Inilah kealpaan. Inilah kesombongan orang-orang yang ‘kuat iman’ bagi membantu golongan yang lemah iman akibat kejahilan dan kefaqiran,” sindirnya.

Jelasnya, Kristianisasi berkembang dalam kalangan masyarakat Islam yang miskin melalui umpan kebajikan, manakala dalam kalangan golongan berpengaruh, mereka mengembangkan agenda itu dengan menyebarkan faham liberal yang melalaikan pegangan Islam mereka.

“Akhirnya kerana sesuap nasi, orang-orang Islam yang lemah ilmu dan dirundung kemiskinan sanggup menjual agama yang paling bernilai di sisi mereka dengan serendah-rendah nilai.

“Golongan berpengaruh dalam kalangan umat Islam pula terus alpa dan lalai daripada tanggung jawab menjaga (keimanan) saudara-saudara mereka yang lemah,” katanya.

Sebelum ini, seorang ahli akademik tempatan meluahkan rasa bimbang beliau terhadap agenda DAP berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian.

Beliau yang berjawatan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di sebuah institusi pendidikan terkemuka mendakwa perkara itu boleh diteliti berdasarkan buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk “Becoming Hannah” (Menjadi Hannah)

“Di dalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.

“Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” kata beliau,

Kebimbangan beliau itu diperlekehkan oleh pemimpin Melayu Pakatan Harapan yang mempertahankan DAP dengan berhujah buku itu bersifat `ilmiah’ dan mengejek ahli akademik terbabit kononnya iman beliau terlalu lemah kerana takut dengan penulisan tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rM09hh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News