Apa Kena Buat Jika Berlaku Kematian Dalam Ahli Keluarga Terdekat,Sila Ambil Peduli
Bila, di mana dan bagaimana cara kematian kita adalah rahsia Allah SWT. Sebagai hamba-Nya wajib untuk kita membuat persediaan menghadapi kematian ini. Paling utama sudah tentu amalan namun tak kurang penting adalah cara menguruskan kematian.
Ini kerana ramai yang tidak tahu apa perlu dilakukan bila ada kematian terutama jika melibatkan ahli keluarga terdekat dan berlaku di rumah sendiri. Sebagai panduan perkara berikut perlu kita tahu.
Persediaan sebelum :
Simpan nombor telefon ahli jawatankuasa masjid.
Boleh juga ambil tahu nama-nama AJK masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka.
Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.Ini bagi memastikan bayaran pengurusan jenazah dari awal seperti urusan memandikan, mengkafankan sehinggalah selamat dikebumikan, boleh didahulukan oleh pihak masjid.
Persediaan selepas berlaku kematian :
1. Jangan cemas.Bertenang hadapi kematian.
2. Maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah.
3. Hubungi saudara mara dan ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan kematian.
4. Sementara itu, pejamkan kedua-dua mata arwah dan ikat kedua-dua rahangnya menggunakan kain agar mulutnya tidak terbuka.Sapu sedikit minyak bayi di kelopak mata arwah untuk melembutkannya dan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
5. Begitu juga dengan setiap tulang-tulang sendinya.Sapu sedikit minyak pada kedua-dua siku untuk lembutkannya kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
6. Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya agar ia tidak kelihatan kembung.
7. Disunatkan agar ditanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain yang nipis.
8. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.
9. Letakkan jenazah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai seperti di atas tilam serta menghadapkannya ke arah kiblat.
10. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh jika kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
11. Dapatkan pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
12. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
13. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
14. Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.
INFO EKSTRA!
Terdapat dua perkara yang perlu diambil perhatian oleh ahli waris jika si mati meninggalkan harta. Pertama adalah membersihkan harta peninggalan si mati dan kemudian mengenalpasti siapakah mereka yang layak menerima harta warisan si mati.
Sebelum harta warisan diagih-agihkan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dari perkara-perkara yang masih diperlukan atau mempunyai kewajipan ke atas si mati. Perkara tersebut ialah:
- Menolak perbelanjaan penyelenggaraan dan pengkebumian jenazah. Contohnya membeli kain kafan, menggali kubur, sewa kereta jenazah, upah kepada yang memandikan dan sebagainya.
- Menyelesaikan hutang si mati sama ada hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia. Contoh hutang kepada Allah adalah seperti kifarat, nazar, haji dan lain-lain yang belum sempat ditunaikan oleh si mati.
- Melaksanakan wasiat si mati. Wasiat mestilah dipastikan tidak melebihi 1/3 daripada harta
- Tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian perlulah di nilai dan dikembalikan kepada pasangan si mati atau mereka yang mempunyai kepentingan terhadap sesuatu harta atau asset yang ditinggalkan.
- Selesai keempat-empat urusan di atas, barulah baki harta boleh di agih-agihkan kepada ahli waris yang berhak.
Sumber: Blog Ustaz Saifudin & Kewangan Islam
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrUZ8u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News