Acara tahunan WWDC adalah sebuah acara oleh Apple yang memfokuskan kepada para pembangun, dan semestinya ia tidak lengkap tanpa menyentuh mengenai App Store atau kedai aplikasi utama Apple untuk peranti mudah-alih.
Diumumkan hari ini, gergasi teknologi dari Amerika Syarikat berkenaan mengumumkan pengenalan App Store baru yang dikemaskini, ia kini hadir dengan rekaan dan antaramuka yang serba baru. Rekaan baru ini juga menjadikan ia selari dengan rekaan Apple Music – satu lagi perkhidmatan milik Apple.
Dengan kemaskini baru ini juga, Apple ingin memudahkan lagi para pengguna untuk menemui pelbagai aplikasi dan permainan baru setiap hari – sekaligus meningkatkan kadar muat-naik di kedai aplikasi mereka.
Beberapa tab baru disertakan, termasuk tab Today yang memaparkan pelbagai kemaskini mengenai aplikasi dan permainan baru – selain turut memfokuskan ciri-ciri baru, video temuramah, dan sebagainya.
App Store baru ini akan hadir bersama-sama iOS 11 kelak pada tahun ini. Seperti biasa, para pembangun boleh mencubanya dengan memuat-turun iOS Developer Preview bermula daripada hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sKBJ3Q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News