Selasa, 6 Jun 2017

Arab Saudi Tahan Aktivis Hak Asasi Wanita


DUBAI: Aktivis hak asasi wanita Arab Saudi, Loujain al-Hathloul, ditahan pihak berkuasa negara itu di lapangan terbang Dammam, kata pertubuhan Amnesty International.

Ini adalah kali kedua pihak berkuasa menahan Hathloul, yang ditahan kelmarin, kata Amnesty. Pada 2014, beliau ditahan kerana melanggar larangan wanita memandu di negara itu.

"Nampaknya beliau menjadi sasaran sekali lagi kerana usahanya sebagai aktivis hak asasi manusia yang bercakap mengenai hak wanita, yang kerap ditindas di Arab Saudi.

"Beliau perlu dibebaskan dengan segera dan tanpa syarat," kata jurucakap pertubuhan itu, Samah Hadid, yang menyifatkan berita penangkapan itu sebagai tidak wajar dan tidak masuk akal.

Pada November 2014, Hathloul cuba memandu masuk ke Arab Saudi dari negara jiran, Emiriah Arab Bersatu yang melanggar larangan, dan ditahan lebih dua bulan. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVlapc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News