JAKARTA – Pemain bukan pilihan dari India, Srikanth Kidambi menempah tempat ke final badminton Terbuka Indonesia selepas melakar kemenangan menakjubkan ke atas pemain nombor satu dunia, Son Wan Ho dari Korea Selatan.
Kidambi yang menduduki ranking ke-22 dunia, berjaya mendapatkan kelebihan ke atas bintang Korea Selatan itu pada awal saingan sebelum hilang penguasaan pada pertengahan permainan.
Dia bagaimanapun berjaya mendapatkan semula rentak permainan sebelum menewaskan Son dengan keputusan 21-15, 14-21, 24-22 dalam pertarungan sengit. “Saya fikir benar-benar bernasib baik pada mata terakhir.
Saya sangat gembira dengan cara saya bermain,” kata Kidambi selepas kemenangan itu.
Pada final malam ini, Srikanth akan berdepan bintang Jepun, Kazumasa Sakai yang menewaskan pemain bukan pilihan dari India, HS Prannoy 17-21, 28-26, 21-18.
“Saya tidak boleh mengawal permainan pada set pertama dan badan saya masih terasa berat.
“Tetapi saya bangkit dalam set kedua dan ketiga dengan pergerakan lebih pantas yang membolehkan saya mengawal permainan,” kata Sakai. – AFP
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsjm3r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News