Selasa, 20 Jun 2017

Bagaimana Ibubapa Di India Bantu Anak Mereka Meniru Di Dalam Peperiksaan

Meniru dalam peperiksaan adalah perkara biasa di India namun gambar terbaru yang tersebar menunjukkan amalan meniru di dalam peperiksaan dilakukan secara besar-besaran dan terang-terangan di sini.

In this Wednesday, March 18, 2015 photo, Indians climb the wall of a building to help students appearing in an examination in Hajipur, in the eastern Indian state of Bihar. Even with police presence, parents and relatives are reported to scale building walls in order to pass notes to help students cheat in their exams. (AP Photo/Press Trust of India)

Ramai pelajar yang menyeludup buku teks, nota ke dalam pusat peperiksaan walaupun dikawal ketat.

Ibu -bapa dan rakan-rakan di lihat memanjat dinding pusat peperiksaan untuk memberi jawapan kepada pelajar semasa peperiksaan sekolah menengah.

Kebanyakan insiden peniruan tahun ini dilaporkan dari daerah Saharsa, Chhapra, Vaishali dan Hajipur.

Menurut BBC, surat khabar tempatan dipenuhi dengan gambar ibu-bapa dan sanak saudara yang sedang membantu anak-anak mereka menipu walaupun terpaksa berdepan risiko.

Menurut jurugambar, Dipankar, apabila dia masuk ke dalam dewan peperiksaan dan mula mengambil gambar, pelajar tidak kelihatan bimbang sama sekali walaupun banyak laporan di akhbar-akhbar tempatan memaparkan aktiviti penipuan ini. Pihak berkuasa juga seolah-olah tidak berminat untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pelajar.

Mereka yang disabitkan meniru akan dihalang daripada mengambil peperiksaan sehingga tiga tahun, dan boleh dikenakan hukuman penjara atau diperintahkan membayar denda, tetapi hukuman dalam kes-kes itu jarang dilaporkan di Bihar.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQFnIq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News