Selasa, 6 Jun 2017

Bapa Rebecca Meninggal Dunia

Salam takziah diucapkan kepada pelakon wanita, Rebecca Nur Al Islam yang baru sahaja kehilangan bapa tercintanya semalam. Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh Rebecca menerusi video di akaun instagram miliknya.

“Innalilawainalillahirojioun..Suddenly Papa…i can’t live without you my dad😢🙏 #mrsazam #alfatihah #mypapa #mydaddy #05062017,” tulis kapsyen videonya.

Bapa Rebecca, Ahmad bin Ariffin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Baharu dan di dalam video tersebut Rebecca sedang dalam perjalanan pulang untuk melihat jasad arwah bapanya buat kali yang terakhir.

Rebecca juga turut berkata di seolah-olah tidak percaya tentang pemergian bapa buat selama-lamanya kerana dia baru sahaja berjumpa dengan bapanya baru-baru ini. Berita pemergian bapanya ini diketahuinya daripada abangnya.

Di akhir video ini, Rebecca sempat meminta agar pengikut-pengikutnya di instagram untuk sedekahkan Al Fatihah buat arwah bapanya itu.

Sungguh sayu rasa hati apabila melihatkan air mata seorang anak yang mengalir kerana meratapi dan bersedih atas pemergian bapanya.

Semoga pemergian bapanya di dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini, bapanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan semoga rohnya tenang di sana.

The post Bapa Rebecca Meninggal Dunia appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVzC0u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News