JAKARTA – Seorang wanita memuat naik hasil usaha suaminya berhenti merokok apabila wang yang sepatutnya digunakan untuk beli produk tembakau itu disimpan sehingga mampu beli motosikal secara tunai.
Dalam kisah yang tular menerusi media sosial tempatan, wanita bernama Dita Sari Wootekh itu berkata di Facebook, suaminya mula berusaha menghentikan tabiat itu sejak November 2015.
“Sejujurnya saya ketika itu juga tidak yakin dia mampu berbuat demikian, namun tetap memberi sokongan.
“Dia memilih sendiri berbuat demikian, bukan kerana dipaksa atau dilarang sesiapa. Alasannya kerana mahu hidup sihat.
“Untuk menunjukkan komitmennya, suami saya mengubah bekas akuarium di rumah kami untuk menjadi tabung yang dilabel ‘Power of 20,000’.
“Setiap hari dia memasukkan 20,000 rupiah (RM6.40) iaitu jumlah sepatutnya dibayar untuk rokok. Dan selepas setahun setengah, dia melihat isi ‘tabung’ itu – tidak perlu dinyatakan jumlah dikumpulkan, tetapi cukuplah untuk membeli sebuah motosikal,” katanya.
Dita berkata, dia berkongsikan kisah itu sebagai dorongan dan inspirasi untuk orang lain yang mahu menghentikan tabiat merokok.
Kisahnya juga diterima positif pengguna Internet malah sudah dikongsikan 70,000 kali di Facebook.
Menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) 2014, perbelanjaan isi rumah masyarakat Indonesia memang sebahagian besar dihabiskan untuk makanan dan rokok.
Perbelanjaan isi rumah untuk rokok dianggarkan berjumlah 50,000 rupiah (RM16 sebulan). – Agensi/myMetro Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skjepm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News