Ahad, 18 Jun 2017

Berbalas tembakan di Bandar Baru Sentul dan Jalan Segambut, 2 suspek samun dan curi kabel ditembak mati

DUA suspek kes samun dan curi kabel ditembak mati polis di Bandar Baru Sentul dan Jalan Segambut, Kuala Lumpur, 3.30 pagi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur membuat rondaan berdekatan kawasan pembinaan di Bandar Baru Sentul dan terserempak dua suspek menaiki dua kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, dua kenderaan terbabit melarikan diri dan polis terpaksa berpecah dua bagi mengejar suspek.

“Satu kereta ditahan di hadapan masjid Bandar Baru Sentul, tetapi suspek melanggar kenderaan polis sebelum melepaskan tembakan ke arah anggota.

“Polis terpaksa membalas tembakan demi mempertahankan diri dan suspek berjaya ditewaskan.

“Manakala seorang lagi suspek ditahan di Jambatan Jalan Segambut selepas melarikan diri sejauh 7 kilometer dan juga ditewaskan selepas berbalas tembakan,” katanya pada sidang media di Jalan Segambut, Kuala Lumpur, hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan mendapati dua suspek lelaki berusia 26 dan 46 tahun terbabit mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah, narkotik, curi dan kesalahan memiliki senjata berbahaya.

“Hasil pemeriksaan terhadap dua kenderaan suspek, polis menemui dua pistol bersama enam peluru, tiga parang, alat pemotong dan sarung tangan disyaki digunakan bagi kegiatan jenayah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsGvTc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News