Sabtu, 10 Jun 2017

Buat Parti Dadah, Maksiat Di Bulan Ramadan


Pada bulan suci bulan Ramadan, kita disaran memperbanyakkan beribadah kepada Allah SWT.

Namun berbeza dengan apa yang dilakukan kumpulan ini apabila tergamak melakukan parti maksiat tanpa segan silu yang turut melibatkan pengambilan dadah.

Aktiviti noda mereka terbongkar, setelah pihak polis mengadakan serbuan mengejut di sebuah pangsapuri di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, pada pagi Rabu lalu.

Gambar eksklusif serbuan daripada operasi itu turut menjadi tular menerusi laman sosial baru-baru ini, sekali gus mengundang kritikan ramai netizen.

Malah, aksi pasangan kekasih yang selamba tidur berpelukan erat dipercayai khayal akibat dadah turut dirakam di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, semua suspek positif dadah dan sembilan remaja bawah umur turut ditahan.

“Dalam pemeriksaan ini kami menahan 22 individu membabitkan 16 lelaki dan enam wanita. Sembilan daripada mereka adalah remaja bawah umur dengan yang paling muda remaja perempuan berusia 13 tahun.

“Polis turut merampas 26 pil eramin serta 14 ekstasi yang ditemui di pangsapuri yang disewa khas untuk parti liar berkenaan.

“Ujian air kencing yang dilakukan mendapati semua yang ditahan positif dadah dan akan didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dipetik Harian Metro.

Tambahnya, ini adalah parti peribadi pertama yang berjaya diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rfVcIm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News