Ahad, 18 Jun 2017

Buat Sendiri Dinding Corak Geometri Ni, Barulah Rumah Nampak Berseri-Seri

Mudah je sebenarnya nak tambahkan seri dan nak nampak kelainan pada dekorasi rumah.Salah satunya dengan membuat sapuan cat corak geometri pada permukaan dinding yang kosong untuk dijadikan sebagai 'feature wall'.

Tak susah pun cara nak buatnya yang penting kenalah rajin. Pujuklah encik suami sama-sama tolong cat.Kata nak rumah cantik!

Dah siap nanti, boleh lah dijadikan 'spot' baru, backdrop untuk bergambar satu keluarga raya nanti. Mesti menarik!

Jom kita cuba!

Bahan-Bahan:

Berus cat panjang

Cat jenis water based (mengikut warna pilihan)

Pita pelekat (masking tape)

Kayu kecil

Berus cat kecil

Cara Membuat:

1.Tampal pita pelekat pada dinding mengikut corak geometri yang dipilih.Tampalkan secara mengikut kreativiti sendiri.

2.Kacau rata adunan cat dengan kayu kecil untuk memperoleh sapuan yang sekata.

3.Tuangkan cat ke dalam bekas kecil dan celupkan dengan berus cat.

4.Mulakan sesi sapuan cat untuk lapisan pertama dan biarkan ia kering seketika. Kemudian, teruskan dengan sapuan cat untuk lapisan kedua bagi menghasilkan kemasan sempurna dan sekata.

5.Gunakan berus kecil untuk sudut yang sukar dicat seperti,pada bahagian suis.

8.Setelah cat benar-benar kering, tanggalkan pita pelekat dengan perlahan-lahan.

Siap!

Info Ekstra!

Tampal pita pelekat dengan kemas, bagi mengelakkan sapuan cat menjadi comot.

Pastikan sapuan cat benar-benar kering sebelum menanggalkan ia secara perlahan-lahan.

Selamat Mencuba!
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsyvS6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News