Sudah pasti ramai pemilik kereta diluar sana menghadapi masalah ini, iaitu lampu kereta bertukar menjadi warna kuning apabila sudah lama digunakan, ianya seperti mencacatkan pandangan pada kereta kesayangan anda,
Lampu kereta bertukar menjadi kekuningan adalah kerana sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang panas dan juga hujan.
Jika lampu sudah bertukar kuning, maka kita perlulah ke kedai untuk polish bagi cantik balik, untuk polish sahaja harganya pun boleh tahan, sekitar RM40 dan ke atas, tetapi tahukah anda yang sebenarnya amat mudah untuk polish lampu kereta kita sendiri dengan modal yang lebih kecil, tetapi hasilnya amat berbaloi.
Seorang pemilik kereta bernama Imran Jalil telah berkongsikan cara mudah digunakannya untuk polish lampu keretanya yang kekuningan bertukar menjadi seperti baru.
Jom kita tengok apa yang dia buat.
Kereta saya dah berusia 6 tahu, ‘headlamp’ dan bertukar menjadi kuning, pernah survey di kedai-kedai pasal ahrganya, kosnya adalah dalam lingkungan RM40 hingga RM100.
Dulu aku pernah buat kat kedai, harga RM40 tapi hasilnya tetap sama, jadi bermulalah projek DIY aku ini sempena nak sambut raya.
1. Bahan2 yang aku dah listkan dan terus beli kat kedai hardware :
Samurai 1K clear Lacquer = RM20
Kertas pasir gred 600 dgn 2000 = RM2.80
Pita pelekat (sedia ada)
Kertas surat khabar lame = free
Rajin (SK tambah) = free
Total semua : RM 22.80
2. Lekatkan pita pelekat di sekeliling lampu kira dan kanak. nampak kesan-kesan kuning tu..
3. Sental atau gosok headlamp tu dengan kertas pasir gred 600(sederhana halus) dulu…nanti nampak kesan-kesan kuning tu hilang sikit demi sedikit..
Selepas tu gosok pulak dengan kertas pasir gred 2000(halus)
4. Selepas siap sental keringkan dulu..sementara nk tunggu kering aku tido dulu..hihihi
Sambung keje balik, sekarang aku tutup sekeliling dengan surat khabar sebab next proses nak sembur clear lacquer..
5. Mulakan step menyembur clear lacquer..
6. Sembur dalam dua tiga layer semburan.
Sembur kali pertama, buar kering dalam 15 minit, ulang step sama sampai cukup tiga kali semburan..
7. Dah siap dah untuk headlamp kanan
8. Headlamp kiri
9. Tadaaaaa….dan siap, Selamat mencube dan selamat hari raya..
Mudah je kan? yang penting tiada penyakit ‘M’, kalau ada penyakit ‘M’ tu benda tak payah keluar duit beli barang pun takkan cantik lampu tu melainkan hantar kedai jugak.
Sumber: Siakapkeli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tA4i4j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News