Selasa, 6 Jun 2017

Cara Mudah Untuk Hasilkan Minyak Serai Wangi Sendiri ‘Homemade’..

Banyak masa tak hari minggu atau hari hari yang lain? Apa kata anda cuba buat sendiri minyak serai wangi. 
Menurut tuan punya asal resepi ni, minyak serai wangi ni boleh buat urut orang bersalin, melegakan sakit otot kiranya kebas atau lenguh.
Bayi atau kanak kanak kembung perut pun boleh juga digunakan. Ianya juga bertindak sebagai antiseptik.
Bahan bahannya ialah..
2 cawan Minyak kelapa (Kalau masak sendiri lebih wangi) 
1 cawan air
7 batang serai wangi (Ambil sekali dengan akarnya dan daunnya. Bahagian akar tu yang bertombak ketuk bagi pecah)
2 atau 3 ulas bawang putih (Ketukkan)
15 biji lada hitam ketukkan bagi pecah.
Cara caranya ialah..
1. Serai wangi dibersihkan dan potong. 
2. Ketukkan bahagian akar yang bertombak tu bagi pecah.
3. Ketukkan juga bawang putih dan lada hitam.
4. Campur semua bahan dalam periuk dengan air.
5. Masak dengan api perlahan. Ambil masa dalam 1 jam lebih sehingga air kering.
6. Sejukkan minyak dan boleh simpan dalam botol. 
Sumber: Siti Rohani Naim Nani


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxVdtd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News