Jumaat, 9 Jun 2017

Dah Lama Gemuk, Kasi Can Lah Saya Jadi Sado Pula – Raja Afiq

Pelakon, Raja Afiq mengakui pernah menjadi budak gemuk membuatkan dia obses untuk ke gim.

Dah Lama Gemuk, Kasi Can Lah Saya Jadi Sado Pula - Raja Afiq

Dah Lama Gemuk, Kasi Can Lah Saya Jadi Sado Pula – Raja Afiq

 
Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 23, berkata dia kerap menghabiskan masa di pusat kecergasan untuk mengekalkan berat badannya sekarang.
 
“Disebabkan penat menjadi mangsa ejekan kerana gemuk membuatkan saya terpanggil untuk ke gim.
 
“Kalau boleh saya nak pergi setiap hari, rasa tidak lengkap kalau tidak melakukan senaman.
 
“Sebelum ini berat saya pernah mencecah hingga 130kg, jujur saya katakan memang takut badan jadi seperti dulu dan kalau boleh saya tak mahu perkara itu terjadi.
 
“Cukup-cukuplah saya gemuk sejak kecil sampailah umur 20 tahun. Kasi ‘can’ lah saya nak berbadan sado pula.
 
“Lagipun saya dah terlibat dengan dunia lakonan dan itu juga merupakan salah satu faktor yang mendorong untuk saya berusaha keras menurunkan berat badan,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Dalam pada itu, Raja Afiq juga memberitahu dia mengamalkan diet berasaskan protein walaupun ketika bulan Ramadan.
 
“Selalunya saya akan makan secara sederhana dan juadah berbuka saya adalah ayam bakar. Jika saya ke bazar, makanan itulah yang saya cari terlebih dahulu.
 
“Kadang-kadang tak ada masa untuk masak sendiri kerana jadual sibuk tapi mujurlah di bazar Ramadan, ramai peniaga yang menjual ayam bakar,” ujarnya.
 
Dalam perkembangan terbaru, Raja Afiq kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Cinta Koko Coklat dan Lelaki Itu Milik Hatiku.
 
Teks oleh: Mya Amri

Sumber: Astro Gempak



Sumber Dah Lama Gemuk, Kasi Can Lah Saya Jadi Sado Pula – Raja Afiq

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYq7KH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News