Selasa, 6 Jun 2017

'Datuk' Salah Guna Kuasa Antara Akan Ditahan


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan ada tangkapan berkaitan kes salah guna kedudukan membabitkan beberapa ahli lembaga koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata penahanan itu akan dilakukan dalam `beberapa hari ini'.

"Tunggu, kita akan ambil tindakan dalam masa amat singkat. Dalam masa terdekat ini," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan empat lelaki termasuk tiga daripadanya bergelar 'Datuk' dalam pemerhatian SPRM kerana didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan koperasi di bawah seliaan mereka.

Kebanyakan daripada mereka yang juga ahli lembaga koperasi sebuah GLC didakwa menyalahgunakan kedudukan bukan saja untuk memperkenalkan sistem MLM (Pemasaran Berbilang Aras) mereka sendiri dalam koperasi berkenaan malah memaksa ahlinya untuk mendaftar.

Dzulkifli berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai program Gerakan Revolusi AntiRasuah (GERAH) di bazar Ramadan Putrajaya di sini, hari ini.

Pada program itu, sebanyak 800 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai.

Program GERAH yang dilaksanakan hari ini turut membabitkan beberapa lokasi lain sekitar Putrajaya termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, Hospital Putrajaya, Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya serta Masjid Putra.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan kes seorang pegawai polis ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLHuym

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News