Ketika ini sedang hangat diperkatakan mengenai drama bersiri hebat, Andainya Takdir, yang masih lagi bersiaran di kaca TV. Melalui komen-komen netizen, ramai yang rasa sakit hati apabila menonton drama lakonan Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis dan ramai lagi ini.
Antara komen yang sering diluahkan adalah mengapa Airil jadi begitu jahat, kenapa isterinya terlalu baik dan tidak kurang juga yang menyampah dengan sikap ibu mertua Fatihah. Malah, penulis skrip cerita ini juga turut diheret sama menjadi kebencian ramai.
Oleh itu, MH Online telah menemu bual penulis skrip drama Andainya Takdir ini, Wan Mahani Wan Hassan.
Cerita Wan Mahani,
“Cerita Andainya Takdir ini merupakan kisah benar yang berlaku terhadap seorang kenalan saya. Dia bercerita dengan jujur masalah yang berlaku dalam rumah tangganya selama ini yang tak ramai mengetahuinya. Terutama mengenai sikap suaminya yang mengalami masalah penyakit mental ‘Othello Syndrome’ atau dalam bahasa yang lebih mudah ‘cemburu buta’, tidak yakin dengan pasangan.
“Cerita ini ditulis atas persetujuan beliau dan tujuannya bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak tetapi adalah sebagai pengajaran kepada semua pasangan yang akan atau telah berumah tangga.
“Ada juga komen yang saya baca katanya terlalu ganas sangat tetapi itulah sebenarnya yang berlaku. Pun begitu, kalau kita tengok dari awal sehingga tamat cerita ini nanti, ganas tak adalah banyak sangat tetapi lebih banyak yang positif sebenarnya,” katanya.
Tambah Wan Mahani, dia turut membaca komen yang mengatakan skrip yang ditulis itu keterlaluan dan sengaja dibuat-buat sehingga menampakkan cerita itu kurang jujur.
“Kalau nak tahu sebenarnya dalam cerita ini, watak Airil (Shukri Yahaya), Fatihah (Nina Iskandar) dan ibu mertuanya (Sheila Mambo), ketiga-tiga ini adalah watak sebenar seperti yang diceritakan oleh kenalan saya itu kepada saya. Sementara yang lain-lain itu adalah mengikut situasi semasa.
“Jangan terkejut jika saya katakan bahawa saya juga menerima beberapa mesej yang mengatakan bahawa cerita Andainya Takdir ini sama atau hampir sama dengan kisah yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Jadi jelasnya di sini, cerita ini benar-benar wujud dan berlaku bukan pada seorang tetapi pada ramai wanita-wanita lain,” jelasnya.
Dalam pada itu, Wan Mahani sempat juga bercerita mengenai hero drama tersebut iaitu Shukri Yahaya yang katanya ada peminat Shukri tidak menggemari watak Shukri sebagai lelaki psiko tersebut.
“Ini merupakan watak psiko yang sangat mencabar bagi Shukri dan bagi saya dia telah melaksankan tugasnya dengan sangat baik. Saya juga kagum dengan Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo dan semua pelakon serta krew yang terlibat di dalam drama ini.
“Tahniah juga untuk pengarahnya Along Kamaludin dan penerbitnya A. Aida Production,” katanya.
Akhir sekali Wan Mahani berharap agar drama ini dapat dipandang dari sudut yang positif dan tonton drama ini sehingga episod terakhir untuk mengetahui penghujung ceritanya.
SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR
Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis).
Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya.
Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.
Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.
www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2susDsV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News