Isnin, 5 Jun 2017

Dugaan Bisnes Online

Dugaan Bisnes Online

Salam Ramadhan semua peminat-peminat IIUM Confessions. Terlebih dahulu, terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan penulisan ini.

Aku penggemar beli barangan Online, tak kisah la Lazada, Zalora atau Instagram, asalkan Nampak berkenan je aku beli, kalau kena dengan harga lah. Pada masa yang sama, aku juga ada la buat jual online, kecik-kecik je. Apa yang aku nak confess dekat sini, berkaitan jual beli untuk persediaan raya. Sebab apa, asalkan masuk bulan Ramadhan je, mesti akan ada fussy buyer, erti kata lain, customer yang cerewet dan tak reti menyabar.

Aku sebagai pembeli, biasanya memang akan baca semua detail, description yang tulis dekat page. Dah puas hati, baru aku beli. Tapi customer yang aku dapat ni lain weh. Memang kalau jenis aku, tak suka ayat copy paste, aku lagi suka balas ikut pertanyaan customer. Jadi, memang aku akan terangkan la satu persatu. Kalau customer nak minta pendapat pun, aku tak ada masalah pun nak layan. Aku ok aje. Berbalik kepada cerita customer aku tadi, barang yang dia beli tu preorder, memang aku tulis besar-besar Preorder 7 hari bekerja, customer tu pun setuju, dia cakap taka pa preoder pun, asalkan sempat sampai sebelum raya. Aku pun okay, settle dia bayar semua. Tak sampai beberapa hari, esoknya dia whatsapp lagi.

barang bila pos? aku pun balas. Minggu depan sis. Kan barang ni preorder seminggu. Lepastu dia balas oh. Ingatkan hari ni pos.Aku pun balas elok-elok whatsapp dia tu, siap bagi emoticon paling comel lagi.

Esoknya, dia masih whatsapp Tanya benda yang sama. Alahaiii customer! Kalau tak reply, nanti lagi dia fikir bukan-bukan. Sebab aku pernah baca dekat page Facebook, penjual tak balas whatsapp sehari, last-last customer viralkan kata dia dah kena tipu. Aku kalau boleh tak nak burukkan imej jenama barang jualan aku, sebab tu bab customer servis ni aku nak jaga elok-elok.

Dalam masa seminggu tu juga la dia whatsapp Tanya benda yang sama. Ada pernah sehari tu aku memang busy teramat, tak sempat pegang phone pun. Yelah, kalau asyik menghadap phone, bila masa aku nak siap semua order-order customer. Kau tahu apa dia whatsapp aku lepastu?? Dik, u kena selalu update customer u. huhuhu! Bukannya aku terus membisu. Aku balas je yang sebelum ni dia hari-hari whatsapp aku tak henti. Then aku pun say sorry, tak sempat nak reply. Ingatkan dah ok, lepastu aku kena ceramah free lagi. Akak tu cakap dia pun penjual online, boleh je dia update customer dia selalu.. serius aku respect dengan akak ni, busy-busy pun masih sempat layan customer dia! Memang semua peniaga online patut contohi akak ni.. Tapi aku tak sempat la nak Tanya akak tu jual apa.. mungkin aku boleh dapatkan tips beniaga, macam mana aku nak jahit baju sambil balas mesej customer. Haha

Sambil-sambil baca nasihat akak tu, dapat pula feedback daripada customer-customer lain, sejuk hati aku setiap kali dapat positif feedback, terus tak jadi nak putus asa! Terima kasih la ye, semoga Allah merahmati anda sekeluarga

Jadi, nasihat aku, kalau korang nak beli online, tolong lah bersabar. Kalau korang nak dapatkan barang tu secepat mungkin, boleh walkin kedai-kedai berdekatan. Macam aku, jual benda yang perlu dijahit, memang ambil masa. Kena juga rehat, aku bukan robot! Walaupun aku beniaga, aku tetap kena masak untuk berbuka dan sahur nanti. Waktu bulan Ramadhan ni, nak juga kumpul pahala buat ibadah. Plus, Aku pun ada keluarga, jadi, kena la faham ye.. Selain tu, tolong la baca description, penat-penat penjual tulis panjang-panjang, ada yang siap lukis cantik-cantik lagi (untuk yang malas membaca) Bila penjual tak letak harga, korang jugak bising-bising mengadu dekat facebook. Tapi bila tulis, tak baca pulak! Haha.. macam-macam hal.

Kesimpulannya, jangan beli barang online kalau korang tak boleh nak bersabar.

p/s : Selalunya peniaga saja yang dilihat sebagai pesalah. Customer always right katanya. Tapi dalam konteks ni, kita memerlukan antara satu sama lain, tak salah pun bertolak ansur. Lain lah kalau korang ditipu, itu memang patut ambil tindakan, jangan pula nak berdiam diri je.

Sekian terima kasih. Selamat berpuasa !

Farah

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rs7iS0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News