Kalau anda jenis minum ais waktu berbuka, anda patut baca info ini sampai habis. Sepanjang puasa ini, ada ke yang mampu elak minum ais waktu berbuka puasa?
Kalau berjaya, anda hebat! Bukan mudah sebab pastinya kita lebih memilih air sejuk yang mampu hilangkan dahaga sekelip mata setelah seharian berpuasa. Ya, dengan minuman berais tubuh akan kembali segar. Tetapi sebenarnya apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan boleh terganggu.
Apa kesannya?
1. Menurut kajian, minum air sejuk siap dengan ais ketul ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut.
2. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan minuman berais, perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser.
3. Apabila sering mengambil air sejuk dan berais, berat badan kita akan bertambah. Kenapa? Sebab air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk.
4. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk berais, ini boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit.
Ada kajian yang menunjukkan minuman berais menyebabkan lemak-lemak dalam makanan yang diambil mengeras dan lebih sukar untuk diproses dan dicerna. Jadi tubuh tidak dapat menyingkirkan lemak-lemak tersebut dengan sempurna.
Pilihan di tangan anda, jadi untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, eloklah kita atur pola pemakanan kita. Cuba biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak terlalu sejuk. Anda juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan.
Selepas 5-10 minit, barulah anda boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.
Namun kalau ikut petua orang Cina, mereka lebih suka mengamalkan minum teh hijau supaya dapat meningkatkan metabolisme.
Baiklah, moga bermanfaat dan untuk anda yang rasa tak tahan nak minum minuman sejuk, eloklah minum air sejuk tanpa ais. Maknanya air sejuk dalam peti!
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t50wQU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News