Ahad, 18 Jun 2017

FAMA Jumpa Petani Harumanis Bincang Pelan Pemasaran Komprehensif

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan pertemuan dengan petani mempelam harumanis di Perlis, selain jabatan dan agensi terlibat untuk membincangkan pelan pemasaran komprehensif tanaman itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Ishak berkata perjumpaan yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri itu juga bagi membincangkan usaha meningkatkan kualiti dan standard buah tersebut.

“Kita akan membetulkan kelemahan yang ada dalam industri harumanis seperti isu menuai sebelum buah matang, aspek penggredan buah dan penentuan harga supaya kita dapat letakkan buah harumanis ini di tahap atau standard tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Jualan Khas Pasar Tani Pra-Syawal di Pasar Tani Bukit Angkasa, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan petani mempelam harumanis di Perlis yang mahukan FAMA membantu memasarkan hasil tanaman mereka.

Katanya, FAMA selaku agensi yang menyediakan pemasaran pertanian bersedia membantu petani mempelam harumanis.

Malah, jelasnya FAMA telah mengadakan pelbagai program termasuk menyediakan tempat khusus di Lembah Klang untuk pengusaha harumanis menjual terus buah itu kepada pengguna selain mempromosi makanan berasaskan isi buah berkenaan.

Ahmad berkata pihaknya turut memberi pilihan kepada petani harumanis untuk menjual hasil mereka kepada pusat operasi FAMA mengikut harga dan gred tertentu seperti A, B serta C selain menggalakkan rakyat Malaysia membeli buah-buahan tempatan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGagnL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News