Selasa, 6 Jun 2017

FAS Persatuan Sukan Pertama Sarawak Tandatangani IBR


KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menempa sejarah tersendiri apabila muncul sebagai persatuan sukan pertama di negeri ini yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Presiden FAS, Dato Posa Majais berkata, ikrar tersebut amat penting buat seluruh warga FAS demi untuk memastikan pemain berprestasi dan berintegriti tinggi dapat dilahirkan.

"Saya cukup berbangga kerana FAS merupakan badan sukan pertama di Sarawak yang berani menyahut cabaran untuk bersama-sama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah ini.

"Ini menunjukkan kesungguhan serta komitmen FAS dalam usaha mengekang dan melenyapkan terus segala bentuk rasuah, salahguna kuasa serta penyelewengan yang mungkin ada dalam organisasi ini," katanya.

Malah menurutnya, FAS juga menyokong penuh keputusan terkini pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung seumur hidup pemain dan pegawai daripada sebarang aktiviti sukan bola sepak sekiranya didapati terbabit mengatur keputusan perlawanan.-Sarawakiana



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sb0NEA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News