Selasa, 20 Jun 2017

Fasha Kecewa Ada Kesan Calar, Luka Pada Anak

KECEWA melihat kesan calar dan lebam anak perempuannya, Fasha Sandha baru-baru ini ada memuat naik satu status yang agak panjang di laman Instagramnya.

Dalam posting itu, Fasha melahirkan perasaan kecewa sekali gus mempersoalkan cara penjagaan anak-anaknya ketika bersama dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Anak perempuan Fasha, Putri Raysha Jemyma dilihat mempunyai kesan luka di bahagian tepi mata kirinya seperti mana yang terdapat dalam gambar yang dikongsikan aktres itu.

“Ini adalah kesan cakar dan sedikit lebam. Ya, to some people maybe ia kelihatan kecil, but to me, ini satu perkara yang sangat mengguriskan hati saya. Untuk melepaskan anak, bukan satu perkara yang mudah. Hanya ibu yang benar-benar ibu yang akan memahami perasaan ini.

“Saya paksa diri demi kebaikan anak-anak, bila balik ada lebam luka begini, apa patut saya rasa sebagai seorang ibu? Yes, accidents happen, but sebagai ibu saya berhak untuk tahu kenapa jadi begini pada anak perempuan saya yang tak pernah luka seumur hidup.

“Apa perasaan seorang ibu, tiga hari tak jumpa anak, bila anak balik rumah ada luka kat muka. Dah la nak raya ni. Ibu jaga Jemyma 2 tahun 7 bulan satu luka atau parut pun tak pernah kena. Macam mana dada (Jejai) jaga anak,” luah aktres berusia 33 tahun itu.

Untuk makluman, Fasha mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap kedua-dua anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Jemyma selepas dia disahkan bercerai talak satu dengan Jejai pada 20 Januari tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNgwub

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News