Isnin, 5 Jun 2017

Fed Harker Masih Melihat 2 Lagi Kenaikan Kadar Tahun Ini

Presiden Fed cawangan Philadelphia, Patrick Harker berkata pada Jumaat bahawa bank pusat masih di atas landasan untuk mencapai sasaran inflasi dan menegaskan sokongannya terhadap dua lagi kenaikan kadar tahun ini.

“Perhatian adalah kepada inflasi, ekonomi masih di atas landasan, walaupun data-data sejak beberapa bulan ini bergerak ke arah bertentangan,” kata Harker dalam ucapannya di konferens ekonomi di Reading, Pennsylvania.

Tambahnya, beliau masih lagi meramalkan The Fed akan mencapai sasaran 2% inflasi pada penghujung tahun ini.

Bank pusat US ini telah dua kali menaikkan kadarnya dalam masa enam bulan iaitu pada Disember 2016 dan Mac lalu. Pasaran ketika ini menjangkakan bank pusat akan menaikkan kadar sekali lagi pada mesyuarat 13-14 Jun minggu depan. Namun, ada beberapa ahli The Fed yang menyatakan kebimbangan terhadap trend kenaikan inflasi yang lemah.

Harker yang merupakan ahli pengundi dalam The Fed tahun ini, juga mengatakan ekonomi US kini berada dalam “keadaan normal” dan hanya sedikit masalah yang perlu diatasi dalam pasaran pekerjaan dan beliau menjangkakan kadar pengangguran jatuh ke paras 4.2% pada penghujung 2018.

Beliau juga cenderung melihat kenaikan dalam kadar gaji, dan menganggarkan gaji akan naik kepada (2.5% – 3%) tahun ini.

“Ini adalah petanda baik, ia adalah perkara penting yang hilang sejak pemulihan ekonomi,” kata beliau.

Pertambahan pekerjaan semakin perlahan pada Mei, tetapi kadar pengangguran semakin baik jatuh kepada 4.3%. Manakala purata gaji per jam (Average hourly earnings) naik 0.2% pada Mei di mana dari tahun ke tahun gaji naik sebanyak 2.5%.

The post Fed Harker Masih Melihat 2 Lagi Kenaikan Kadar Tahun Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGWuNE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News