Khamis, 15 Jun 2017

Filipina Tarik Balik Penangguhan Hantar Pekerja Ke Qatar

MANILA – Kerajaan Filipina pada Khamis menarik balik penangguhan sementara penghantaran pekerja negara itu ke Qatar, lapor agensi berita China Xinhua.

Setiausaha Buruh Silvestre H. Bello III berkata, keputusan dicapai selepas mengadakan rundingan dengan Jabatan Hal Ehwal Luar dan atas nasihat Pejabat Tenaga Kerja Luar Negara Filipina (POLO).

“Keputusan itu dipersetujui atas nasihat Setiausaha Luar Negeri Allan Peter Cayetano dan atas syor POLO Qatar selepas penilaian terhadap keadaan di negara teluk berkenaan,” katanya.

Bello dimaklumkan keadaan di Qatar kembali seperti biasa selepas beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu kerana didakwa menyokong pengganas.

Selain itu, pihak berkuasa Qatar turut menjamin keselamatan kira-kira 240,000 rakyat Filipina di negara berkenaan dan mengesahkan mempunyai keupayaan berdepan kemungkinan sebarang kesan ekonomi akibat daripada hubungan diplomatik dengan negara Arab lain.

Pada minggu lepas, Bello mengarahkan penghantaran pekerja ke Qatar digantung sementara bagi menjamin kebajikan, keselamatan dan sebagai persediaan berdepan sebarang kemungkinan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryUCpy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News