Isnin, 5 Jun 2017

FMLLP Saran KAFA Kemuka Dokumentasi Lengkap

KUALA LUMPUR – Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menyarankan supaya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyediakan satu dokumentasi lengkap bagi menyelesaikan kemelut dihadapi pasukan Liga Super itu.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingan berkata ia salah satu langkah untuk memastikan kemelut yang sedang dihadapi pasukan Kelantan antaranya isu pendaftaran pemain import, tunggakan gaji dan pemotongan mata dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang keraguan.

Namun, Kevin tidak dapat memberi jaminan setiap isu itu dapat diselesaikan kerana ia bergantung kepada isi kandungan dokumentasi yang bakal diserahkan KAFA kepada pihaknya.

“FMLLP telah membentangkan dengan jelas kepada KAFA apa perlu mereka lakukan, dan KAFA menyambut baik saranan itu serta bersetuju menyediakan satu dokumentasi yang lengkap berserta rayuan dalam masa terdekat.

“Namun, saya tidak boleh kata rayuan berkenaan akan diterima atau pun sebaliknya…itu, kita perlu tunggu keputusan yang akan dibuat selepas mengambil kira apa yang akan dikemukan KAFA nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah yang diiringi Setiausaha Agung Datuk Ismail Md Noor serta beberapa barisan Exco KAFA di sini, hari ini.

Pada awal bulan lepas, FMLLP mengenakan hukuman pemotongan enam mata dan sekatan perpindahan pemain bagi jendela pertengahan musim kepada Kelantan dan tiga lagi pasukan Liga Malaysia (Liga-M) ekoran isu tunggakan gaji selain kegagalan melengkapkan pendaftaran pemain.

Bagaimanapun, hukuman terhadap dua pasukan – Perlis dan T-Team dibatalkan selepas kedua-dua pasukan itu berjaya mengemukakan dokumen tertangguh berserta rayuan kepada FMLLP, manakala isu berkaitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih dalam siasatan lanjut.

Berikutan itu, Kevin menegaskan FMLLP tidak pernah menyentuh isu-isu sensitif berkaitan pasukan serta membuat dakwaan tanpa sebarang bukti, sebaliknya menegaskan segala tindakan diambil pihaknya demi kebaikkan setiap pasukan.

“FMLLP tidak pernah mengeluarkan kenyataan menuduh mana-mana pasukan dengan mengaitkan isu berkaitan masalah individu, pembayaran gaji atau pun hutang.

“Peranan kami untuk memastikan setiap pasukan mempunyai kebolehan untuk bertanding serta berada dalam kedudukan yang betul untuk memulakan musim baharu liga,” katanya.

Isu antara KAFA dan FMLLP menjadi ‘panas’ apabila penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa lantang mengkritik FMLLP kerana tidak membenarkan skuad ‘The Red Warriors mendaftarkan pemain import baharu, Syedi L Imam bagi menggantikan Alessandro Padovani Celin yang dikatakan kurang cergas. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBz1OU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News