SUNGAI BULOH: Berikutan ada dakwaan yang seekor kucing bernama Dodi telah didera, dua agensi penguat kuasa telah membuat satu serbuan di rumah ahli perniagaan terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di rumahnya, semalam.
Menurut laporan Sinar Harian. serbuan tersebut telah disertai kira-kira 15 anggota daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan (Perhilitan) Selangor sekitar jam 10 pagi.
Menurut jurucakap penguat kuasa veterinar, selepas menjalankan siasatan kira-kira sejam, pihak mereka tidak menemui sebarang kesan penderaan pada fizikal Dodi.
“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.
“Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut,” katanya.
Datuk Aliff dalam pada itu melahirkan rasa terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan terhadap Dodi, kucing baka Savannah.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfaPlw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News