Isnin, 5 Jun 2017

Hafidz, Isteri Saling Layan Kerenah

Kurang lebih tiga bulan lagi, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, bakal menimang cahaya mata sulung dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.

Berdebar dan teruja menantikan kehadiran ‘orang baru’, Hafiz, 23, berkata dia sudah bersedia memengang status bapa muda. Malah dia banyak mendapatkan nasihat dan merujuk kepada ibu bapanya serta mertuanya sebagai persiapan untuk berdepan detik serta mengharungi pengalaman yang bakal dilaluinya nanti.

“InsyaAllah, saya sudah bersedia untuk mengalas satu lagi tanggujawb dan bergelar bapa muda. Saya banyak dapatkan nasihat daripada ibu bapa saya dan ibu bapa mertua. Sekarang ini saya dan isteri menantikan saja saat untuk melalui detik-detik itu,” kata pelakon Tundukkan Playboy Itu ini di majlis pelancaran Laku Mall, di The Gardens, baru-baru ini.

Dalam pada itu, kata Hafidz, dia Shuhada membuat keputusan sengaja untuk tidak mengetahui lebih awal mengenai jantina bakal anak mereka kerana mahukan kejutan.

Segala persiapan telah pun dibuat serta nama untuk bayi mereka juga sudah dipilih. Namun, akui Hafidz, jauh disudut hatinya dia menginginkan anak lelaki begitupun dia menerima apa juga rezeki yang dikurniakan dan berdoa agar bayi mereka sihat.

“Kami sepakat sengaja tidak lakukan imbasan kerana mahu jantinanya sebab mahukan kejutan. Tapi persiapa semua sudah dibuat, misalnya untuk baju kami beli yang unisex.

“Pilihan nama pun sudah ada. Kalau saya, tentunya yang pertama saya inginkan anak lelaki. Macam saya, saya yang sulung dalam keluarga. Tapi tak kisah lah lelaki atau perempuan, yang penting semoga dia sihat.

Berkongsi pula mengenai pengalaman menjaga isterinya yang kini hamil enam bulan, kata Hafidz, setakat ini dia tidak menghadapi banyak masalah.

Manisnya, dia dan shuhadah saling melayani kerenah masing-masing. Misalnya, dalam bulan Ramadan ini isterinya itu memenuhi permintaannya memasak menu seperti ayam masal lemak cili padi dan ketam masak lemak cili padi untuk juadah berbuka puasa. Begitu juga Hafidz yang berusaha memenuhi keinginan Shuhada ketika suri hatinya itu mengidam mahu makan sesuatu makanan.

“Setakat ini, isteri saya tidak mengidam yang pelik-pelik. Semuanya makanan yang senang dicari seperti bubur dan beberpa jenis air,” katanya.

Spontan Shuhada yang berada di sisinya mencelah,

“Hafidz pula, sejak saya mengandung dia jadi lebih penyayang dan sentiasa ambil berat. Dia ada belikan susu tapi sejak berbadan dua ni, saya jadi kurang suka minum susu.

“Kalau macam bulan puasa ni, jarang kami ke bazar lagipun saya masih larat memasak juadah untuk berbuka. Lauk kegemaran Hafidz seperti ayam masak lemak cili padi, ketam masak lemak dan rebung. Dulu, sebelum kahwin dia tak pandai makan rebung tapi sekarang ini kalau setiap kali alik rumah mama saya, mesti dia minta mama saya masak rebung,” katanya.

Tahun ini, pasangan ini bakal menyambut Aidilfitri di Shah Alam, Selangor. Mengenai persiapan raya, Hafidz dan Shuhada memilih bersederhana sebaliknya lebih teruja dengan menantikan kelahiran zuriat mereka.

“Tahun lepas kami beraya di Kedah, jadi tahun ini giliran di rumah ibu bapa saya pula di Shah Alam,” tuturnya.

Perkembangan lain, selepas raya nanti Hafidz akan berangkat ke London bagi menjalani penggambaran drama Kelip-Kelip Kota London selama dua minggu.

The post Hafidz, Isteri Saling Layan Kerenah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBRvi7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News