Selasa, 6 Jun 2017

Hanya kerana tumpahkan nasi budak ditampar dan dipukul dengan kayu

Hanya kerana tumpahkan nasi budak ditampar dan dipukul dengan kayu

1.png

PUCHONG, SELANGOR – Susulan viral video seorang kanak-kanak perempuan dipukul neneknya, polis telah menahan wanita berkenaan.

Video berdurasi tiga minit yang dirakam seorang individu menunjukkan wanita itu menampar dan memukul mangsa berusia enam tahun dengan kayu lebih kurang 30 kali, lapor Harian Metro.

Mangsa yang sebelum itu sedang makan nasi, diarahkan turun sebelum dipukul oleh wanita itu hanya kerana tertumpah nasinya. Mangsa dipukul bertubi-tubi tanpa belas kasihan sehingga menangis.

Malah wanita itu berulang kali menuduh mangsa bersikap kurang ajar, anak sial dan “Baik kau mati lagi bagus!”.

Berkata kepada perakam video itu, dia tidak kisah jika video itu diviralkan di media sosial.

Difahamkan, mangsa bukan ahli keluarga wanita terbabit, sebaliknya mangsa hanya dijaga sementara waktu.

18922179_1688966834746057_75891172568496

18892983_1688966894746051_37175513711584

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azlin Sadari mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Mangsa sudah diselamatkan dan wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber: pixelperfext



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEWezs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News