Ahad, 18 Jun 2017

'Heal Fast Please'. Dua Minggu Sebelum Ditahan,Suspek Utama Bunuh Zulfarhan Telah Memberikan Bayangan Kejadian Dan Berusaha Untuk Rawat Lecur Arwah..


Selepas enam orang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa atas tuduhan membunuh Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada Mei lalu, suspek utama kes tersebut merupakan kawan baiknya sendiri.



Laman sosial Twitter, Instagram dan YouTube milik salah seorang suspek, Mohd Akmal Zuhairi Azmal yang tidak diletakkan dalam mod ‘private’ telah menjadi tempat untuk netizen menjalankan penyiasatan mereka sendiri dan netizen mendakwa Zuhairi merupakan rakan baik Zulfarhan.





Sehari sebelum Zulfarhan disahkan meninggal dunia, Zuhairi memuatnaik beberapa status di laman Twitter yang didakwa berkaitan dengan keadaan Zulfarhan yang melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.






Netizen juga menjumpai beberapa video untuk merawat kesan melecur yang dipercayai telah ditonton oleh Zuhairi menerusi laman YouTube.






Dalam pada itu, netizen juga menemui beberapa foto mereka bersama di laman Instagram milik Zuhairi.





Melalui bedah siasat, arwah di katakan mengalami lecur tahap 2 dan 3. Jumlah lecur itu juga sangat banyak di badan sehingga 80%.Menurut doktor jika arwah hidup dan selamat, dia perlu menerima seluruh badannya di penuhi dengan parut kesan seterika termasuklah di bahagian kemaluan.


Jumlah kesan seterika bukan sahaja banyak iaitu sekitar 9 hingga 10, rusuk kiri arwah juga ada yang patah. Namun kenapa semua itu di sembunyikan dan tidak di bawa berjumpa doktor dengan segera?



Idea untuk menggunakan seterika bagi mendera mangsa itu tidak pasti datangnya dari siapa. Namun begitu ramai orang mempertikaikan bagaimana seorang rakan baik boleh bertindak begitu hanya kerana satu perkara yang boleh di bincang dengan baik. Ada netizen berpendapat, mungkin sahaja tentera di ajar untuk menjadi lelaki sejati dan perlu menyimpan seluruh emosi dan bertahan.



Oleh sebab itu apabila satu hal yang berlaku yang boleh mencetuskan kemarahan, semua emosi itu terluah dengan dasyat kepada mangsa. Apa pun kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah.


Terdahulu, Zuhairi bersama empat penuntut UPNM yang lain didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh Zulfarhan pada Mei lalu.



Manakala seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa berusia 21 itu juga merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.





Kredit: Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2snLWEv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News