Sabtu, 10 Jun 2017

Hijabista Terkenal, Shea Rasol Meninggal Dunia


Sebut sahaja nama Shea Rasol, mungkin ada sesetengah netizen yang tidak begitu mengenalinya.

Namun, bagi peminat fesyen Muslimah, gadis ini merupakan idola terkenal yang sentiasa memberi inspirasi kepada wanita-wanita berhijab yang lain.

Bagaimanapun, semalam media sosial tanah air menerima khabar sedih apabila Shea, 29, dilaporkan telah meninggal dunia, pada petang Jumaat, akibat kanser.

Difahamkan, Shea yang merupakan penulis blog dan pengacara program SIS baharu sahaja mengetahui penyakit yang dialami.

Jenazah Allahyarhamah telah disembahyangkan di Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor kira-kira jam pukul 9 pagi Sabtu, dan akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Berita pemergian Allahyarhamah turut ditangisi ramai rakannya yang merupakan selebriti dan instafamous terkenal termasuk Heliza Helmi, Yuna, Farah Lee, Dena Bahrin, Irine Nadia, Zafirah, Dian Pelangi dan ramai lagi.

Mereka turut mengucapkan takziah menerusi posting laman Instagram masing-masing sehingga berita tersebut menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan.

Semoga Allahyarhamah atau nama sebenarnya, Farah Syahirah Rasol ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. – MYNEWSHUB.CC



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rfZhw7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News