Isnin, 5 Jun 2017

Ibu Bapa Beri Contoh Tidak Baik, Curi Tabung Derma di Kaunter Stesen Minyak Depan Anak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Tetapi tidak bagi pasangan ini yang mencuri ketika anak berada bersama mereka.



Sebuah video menunjukkan pasangan itu mencuri tabung derma di kaunter sebuah stesen petrol tular di Facebook selepas dimuat naik seorang netizen. Kejadian itu berlaku di Stesen Petronas Taman Medan di Petaling Jaya pada 22 Mei lalu kira-kira jam 7 petang.

Pada permulaan video, wanita yang memakai baju berwarna merah itu dilihat sedang berdiri di hadapan kaunter pembayaran menunggu suaminya untuk membayar.

Selepas beberapa saat, suaminya muncul di hadapan kaunter itu sambil mendukung seorang anak kecil. Tabung derma itu dilihat berada di bahagian kiri kaunter, betul-betul di hadapan wanita tersebut.

Lelaki itu kemudian menghulurkan wang kertas untuk membayar. Ketika juruwang itu sedang mengira barang yang dibeli, wanita tersebut dapat dilihat seperti resah dan memandang ke arah juruwang serta tabung itu beberapa kali. Nak usha line lah tu!

Sedang juruwang leka menggunakan mesin wang, wanita tersebut segera menarik tabung derma itu dan bergerak ke belakang lelaki tersebut untuk memasukkan tabung ke dalam begnya.



Selepas itu dia terus berlalu pergi dengan lagak begitu tenang sekali.  Mereka kemudian dilihat meninggalkan stesen minyak itu menaiki sebuah kereta Perodua Axia.

Sumber: Facebook

Tidak pasti jika suaminya juga berkomplot, tetapi netizen yang menonton video itu rata-rata mengutuk tindakan wanita berkenaan yang memberikan contoh tidak baik kepada kanak-kanak tersebut. Ada juga yang berkata, desakan hidup bukanlah tiket untuk seseorang itu berbuat sedemikian.

Tak perlu nak salahkan desakan hidup. Kita ada akal fikiran, ada kudrat. Cari la alternatif lain.”

Desakan ke, kesempitan ke, matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Tak payah bersangka baik, dah terang-terang terakam. Semoga Allah beri hidayah.”

Macam ni ke contoh yang ditunjukkan kepada anak-anak? Begini ke yang dipanggil ibu bapa? Haihhh…

Tonton video di bawah ini:

Baca: Bapa Pengaruh Anak Hisap Dadah Sejak di Bangku Sekolah



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVRqsJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News