Rabu, 21 Jun 2017

'Ikut hati tak mahu pindah'

Pelabuhan Klang: “Saya berharap kami sekeluarga boleh beraya untuk kali terakhir di rumah usang ini sebelum berpindah ke rumah baru,” kata Eduar Kadir.

Sebelum ini, kisah Eduar atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Uar menjadi perhatian selepas akhbar ini melaporkan kehidupannya bersama 16 ahli keluarga di rumah seperti pondok usang di bawah jambatan di Jalan Kem, dekat sini, pada 28 Mei lalu.

Pak Uar berkata, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan dua flat di Seri Rantau, dekat sini, dan Flat Rebana di Klang untuk dirinya selain anaknya yang sudah berkahwin.

Katanya, mereka dijangka berpindah dalam tempoh terdekat selepas urusan berkaitan rumah itu selesai.

“Kami sekeluarga malu dan tidak sangka serta terkejut dengan bantuan yang diterima. Kalau boleh memang kami tidak mahu berpindah kerana rumah di bawah jambatan ini pun sudah cukup. Kami percaya ramai lagi yang lebih memerlukan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rAR3jd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News