Selain pengenalan iMac Pro yang bakal menyususl sekitar bulan Disember kelak, Apple juga turut mengemaskini penawaran keluarga komputer semua-dalam-satu mereka, iMac dengan penggunaan sokongan cip pemprosesan terkini yang lebih berkuasa, selain penyertaan panel paparan yang lebih terang
Apple sendiri mengatakan kini iMac menawarkan paparan terbaik dibawah keluarga Mac, dimana ia lebih 43% terang pada kadar pencahayaan 500 nits, dan menyokong 1 bilion warna bagi memberikan pengalaman seumpama pada dunia sebenar.
iMac hadir dalam dua pilihan saiz, iaitu 21.5-inci dan juga 27-inci. Model 21.5-inci hadir dalam beberapa variasi, termasuk model asas dengan panel 1920×1080 pixel pada harga RM5099. Sementara model baru dengan panel paparan 4K pula dijual pada harga RM5999, dan bagi anda yang inginkan storan berasaskan Fusion Drive, ia ditawarkan pada harga RM6899.
Untuk model 27-inci pula, ia hadir dengan panel paparan 5K, selain kesemuanya dilengkapi storan berasaskan Fusion Drive. Apple turut menekankan kepada sokongan grafik melalui komputer baru mereka ini, melengkapkan ia dengan kad grafik dibawah keluarga Radeon Pro.
Melengkapkan lagi penawaran keluarga iMac ini adalah penggunaan Thunderbolt 3, dan juga cip Intel Kaby Lake terkini.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman rasmi Apple Malaysia hari ini, dan membuat pembelian melaluinya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUOJas
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News