Selasa, 6 Jun 2017

Ini Adalah Sebab Kenapa USD/JPY Menjunam Hampir 80 Pip Sejak Awal Pagi Tadi

US Dollar merosot berbanding Yen pada awal pagi ini berikutan hasil Bond 10 Tahun US meningkat. USD/JPY menjunam dari paras 110.50 sejak awal pagi tadi ke 109.75 ketika artikel ini disiarkan, hampir 75 pips kejatuhan direkodkan.

US Dollar di bawah tekanan disebabkan oleh data NFP yang agak lemah pada Jumaat lepas telah menurunkan prospek kenaikan kadar faedah oleh The Fed pada Jun ini.

Sementara itu Aussie jatuh pada sesi Asia pagi Selasa ini berhadapan keputusan Kadar Faedah yang bakal keluar pada jam 12:30pm sebentar lagi.

Data Akaun Semasa yang keluar sebentar tadi juga adalah kurang dari jangkaan pasaran telah membawah AUD/USD menjunam sekitar 40 pips dari paras 0.7500.

Data terebut defisit sehingga $3.1 billion, berbanding lebihan $100 juta yang direkodkan pada suku pertama. Penganalisis menjangkakan, Bank Pusat Australia bakal mengekalkan kadar pada 1.5% pada keputusan kadar sebentar lagi.

Sementara itu EUR/USD dan GBP/USD sedikit menokok beberapa pips awal pagi ini seiringan dengan kelemahan US Dollar yang masih berterusan sejak data NFP dikeluarkan Jumaat lalu.

The post Ini Adalah Sebab Kenapa USD/JPY Menjunam Hampir 80 Pip Sejak Awal Pagi Tadi appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYxh55

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News